Wednesday, August 31, 2011

TAK RASA BERSALAH KE...


Saje nak tanye.... Rase bersalah tak, kalau...

  1. Kita bergumbira berhari raya tapi ada insan yang melaluinya seperti hari-hari kebiasaan je..
  2. kita berjamu dengan hidangan yang sedap-sedap tapi ada insan yang hanya makan makanan kebiasaan harian saje..
  3. Kita berpakaian baru dengan jenama 'world' tapi ada insan yang hanya berpakaian harian biasa..
  4. Kita dikelilingi sanak saudara, tapi ada insan yang kesaorangan tanpa sesape pada hari yang mulia ni.
  5. Kita mampu bersedekah, menghulur duit raya, tapi ada insan yang hanya mampu menampung kehidupan dirinya sahaja..
Fikir-fikir kan lah....

JUMPA SEMULA..


"Maksu, abang ngah dah dapat contact anak pak ngah san, dia dah add.." kata Mohd Hafiz Asyraf (anak pak ngah masri) pada malam raya pertama ketika kami bertandang kerumah abg masri..

Setelah 3/4 th FB muncul, baru sekarang berjumpa di alam maya.. siapa yang dimaksudkan?? mereka adalah anak2 pak ngah san dari Johor.. Dua orang anak2nye dah besor-besor dan rasanya tak lama lagi boleh le merase nasi minyak kat johor.. Terharu sangat, walaupon hanya di alam maya, namun terasa lebih akrab, kerana perkembangan dapat diikuti..

Selamat bertemu dan menyambung tali persaudaraan buat Puteri Adelina dan Shahrul Nizam

Ni gambar terkini mereka sekeluarga..


POM POM POM!


Semenjak dok kat perumahan baru ni (dekat dengan kg yang semua penduduknya melayu) hari raya memang meriah!! bermula malam raya, bunyi mercun, meriam buluh, bunga api bersahut-sahutan.. berlawan-lawan, kiri, kanan, depan, belakang.. huh! memang tak sunyi la..

Hari ni dah raya kedua, tapi 'perang' ni masih 'on'... kaya betul orang kita sekarang, dok bakaq duit ja.. tapi happy gak.. maklumla, kat taman ni hanya 2 rumah yang raya disini, yang lain2 semua dah balik kampung..

Tapi satu je yang rasa cuak sikit, Dah macam Chinese New Year plak.. malu la jugak ngan cina-cina bagan serai ni kan..

Jangan jadi cam kat bawah ni, dah le...




NGERI KANN!!!




Monday, August 29, 2011

1 HARI SEBELUM HARI RAYA...

Gambar sekadar hiasan buat mengimbau kenagan masa kat kg dulu..

Seperti kebiasaannya, hari ini adalah hari menyediakan juadah utk hari raya (esok kot..) Dah jadi tradisi aku dan keluarga yang tak balik mana-mana kampung ni, bersiap sedia utk sambut tetamu pada hari raya.. inilah saja cara nak memeriahkan sambutan lebaran kami, anak-anak pun dah biasa hanya sambut raya dirumah saja sambil terima kunjungan tetamu.. best jugak tapi letih woo.. bila dah malam, semua 'melepet'.. hehehe..

Antara juadah yang jadi kemestian ada atas meja di pagi raya adalah....

1.Ketupat pulut daun pisang

Resepi turun temurun ni, memang mesti adala.. kalau makan ngan rendang, perghh! lazat tak terkira.. Kalau kat kampung dulu, lepas je bukak puasa hari last tu, terus potong dan makan dengan berebut2 ( ngan abang2 la..) Clear 4/5 batang. kami kurang menggemari lemang sbb kekadang, lemang ni terlebih bakaq, keras le plak.. tak berapa best. Ketupat Pulut daun palas pon Ok gak.. tapi x berapa expertla nak membungkusnya. Ketupat pulut daun pisang ni, agak senang nak bungkusnya dan kalau nak cepat siap, bungkus je besaq2 lengan.. gedabak-gedabak. Rupa x kira yang penting lemak n masinnya cukup.

2. Rendang Pedas daging


Rendang ni, of course la nak makan ngan ketupat pulut kan.. Resepi cam biase buat rendang pedas la. dan juga mesti cukup rasa pedas, manis, masin dan masamnya..bahan yang penting, taruk serai, lengkuas dan kunyit.. yang lain-lain asas tu, macam biasa la..

3. Nasi impit/ ketupat mini segera


Juadah ni pon mesti ada bila hari raya.. cam tak lengkap ja kalau tertinggal/ lupa nak buat. Kalau nak buat nasi impit kena masak nasi tapi lebihkan air, biar lembek.. then letak dalam kain kasa ( khusus utk masakan la, jgnla guna kain batik harian tu, goli lak nak telan nnt..) pulas bagi ketat, then tindih dengan benda berat, sure jadi punye.. Kalau nak buat ketupat mini segera mmg senang, cuma ambik masa nak rebus die je.. lebih kurang 2 jam.

4. Kuah Kacang


Ni plak mesti ada utk makan nasi impit tadi.. macam2 cara org buat kuah kacang ni, tapi yg paling membanggakan, selalunya kuah kacang saye selalu kena puji..(ecece..) eh, tak tipu tau! resepi ni arwah mak yang ajaq.. alhamdulillahh.. memang sedap!!

5. Nasi Beriani


Setiap raya, suami mesti buat permintaan untuk nasi beriani,. So, ada kerja tambahan la. Tapi saya cuma guna perencah nasi beriani maggi. Ok la.. tabur bawang goreng, kismis dan gajus untuk garnishing. So far, habih licin gak..

6. Ayam masak kuzi


Tahun ni saya buat ayam masak kuzi, rempah ditaja oleh kak zah ipoh. Ok la rasa dia.. katanya dari Kelantan. Saya buat bersungguh2 guna bahan asal masak kuzi but still tak bleh celen maksu batu 8 punya, kata abang-abang ku.. huhuhu never mind, i'll try again and again..

7. Dalca sayur


Dalca sayur sebagai kuah, sampingan je.. selalunya tak habih, so, tahun ni buat sikit saja.. elok je ngam ngam.. Biasanya buat pagi hari raya sebelum suami balik dari mesjid.

8. Jelatah


Ni pon buat pagi raya.. biasanya anak sulung (nadiah) yg tolong potong-potong. Saya gaul saja.. adik plak sibuk menyiapkan meja hidangan..

9. Air Asam (Ayaq asam)

Gambaq en google tak dak yang serupa, sipi-sipi saja..

Yang ni memang my specialties la.. setakat ni, mmg semua orang belum pernah komplen.. resepinya dari arwah ayah.. wallahh!!! memang terbaek la.. sapa nak belajaq kena bayaq pengeraih dulu.. hik hik!

Kesimpulannya,

Banyak tak yang perlu saya sediakan? (jawab sendiri) Banyaaakk!!! so, saya kena rancang persediaannya dgn teliti supaya semuanya boleh siap on time.. Ramai tau yg datang ke rumah, so everything kena ready awal-awal.. belum lagi cerita tentang susunan hidangan dan pinggan mangkuk yang kena disediakan. Tahun ni kena guna polisterin saja utk elakkan dari basuhan pinggan yang banyak (kerja anak-anak) sbb nadiah nak trial spm, so tak mau kacau dia banyak sangat..

Letihhh.. tapi seronok, dapat jumpa ramai orang!! moga tahun hadapan bertambah ramai yang akan berkunjung!! Ni lah cara kami menyambut raya..


Sunday, August 28, 2011

BUSY BUSY BUSY..

Situasi saya pada hari ini :



Letiihhh sangat, tapi happy jugak....


2 DAYS TO HARI RAYA..



Pagi yang cerah!!!

Banyak kerja, banyak kerja...

Tak sempat nak taip banyak-banyak, mood raya meluap-luap ni..

Okey!!! nak pi pasar dulu... lalalalala..


Saturday, August 27, 2011

3 DAYS TO HARI RAYA...

It's a wet wet day..

Raining from dawn till now ( 3.00 p.m) but not a prob at all for me cause i'm a rain lover..

It's really cozy and comfy for me..

Everythings seems to go slow and of course since now is Ramadhan, being free from preparing lunch is sooo enjoyable...

Lay back and watching T.V all morning... owhhh sooo heavenly!!

BUT, it's the only free time for me since i'll be busier than a bee starting tomorrow, preparing meals for incoming hari raya..

Anyway, it'll not be a great celebration this year.. my eldest daughter will be sitting for her spm trial just after this hari raya school holiday..

Hoping the best from her.. Insyaallah..



Sunday, August 21, 2011

KRIIIIINNNGGGGGG.....



Aduuuyai, kenapa tak de mood lak arini..

banyak yg nak ditulis tapi.. malas arr!

Stop dulu le..

rase cam nak gi......

buat taik mate lah...

Chiaooo...


Wednesday, August 17, 2011

JADILAH PEMURAH..



Tak tau nak describe what is the feeling regarding this entry.. Actually, semua orang punya satu perasaan kurang senang terhadap sesuatu perkara, wapaupon x jadi hal bg orang lain, Mmm..mcmmana ya, ok senang cerita, kadangkala kita merasa kurang senang/annoyed by someone's behaviour.. perasaan ni tak sama utk setiap orang..

Aku?? memang paling tak tahan dengan sikap kedekut seseorang... walaupon dilahirkan dalam keluarga yang tak senang tapi tak le terlalu susah, aku boleh dikategorikan orang yang pemurah la..(ecece..) betul!!, cuma kadang-kadang 'benda' yg nak disedekahkan tu yg agak kekurangan.. Bukan niat nak memuji, tapi memang dah jadi kebiasaan aku dari kecik (sure belom ada income jugak..) kalau nampak peminta sedekah (cacat ke..tak cacat ke..) mudah aje hati jadi lembut dan timbul rasa kesiann.. aku dengan rela hati, cepat2 masukkan sumbangan ( ikut kemampuan waktu tu la..) rasanya belom pernah aku menghampakan peminta derma, sikit atau banyak bergantung pada apa yang ada pd masa tu.. dan aku juga tak pernah pon mengingat semula apa yang dah diberi.. aku sangat 9999x yakin yang semua rezeki datangnya dari Allah s.w.t dan jika ikhlas memberi, Allah akan tambah berganda2..

Keyakinan aku berasas (wajib bg org Islam) sbb, selama dah hampit 46 th hidup, rezeki yang dikurniakan Allah ttp cukup..walaupon pendapatn kami suami isteri bukanlah banyak sangat.. tapi InsyaAllah.. kami tidak pon rasa kekurangan.. dan yang paling aku sukeee.. en suami pon mmg seorg yang pemurah..

Oleh kerana aku merasakan setiap apa yang Allah kurniakan tu perlu dikongsi bersama dengan yang lebih memerlukan, aku mmg rasa sangat 999x meluat kalau terlibat dengan org yg kedekut! lebih2 lagi kalau dia di limpahkan dengan rezeki yg melambak-lambak.. Boleh bwk mati ke harta yg menimbun tu, tambah2 le saham akhirat...


Harta dan pangkat juga ujian dari Allah, sanggupkah, atau boleh tak jadi org yang dermawan?

Aku amat bersyukurr kerana dijauhkan dari sikap bakhil dan kedekut ini.. Moga hati ini tetap kukuh dengan sikap yang pemurah.. Amiinnn.

Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, amalan sedekah amatlah dituntut dan ganjarannya, PAHALA YANG BERGANDA-GANDA

'PEACE, NO WAR'



Friday, August 12, 2011

KEDUKAAN YANG AMAT DALAM...

Tengah berbuka semalam, terima call dari adik ipar : wife die keguguran.. anak ketiga dan kali ke-2 keguguran. Siannn.. sangat. Sedih tau kalau keguguran ni, kena berpantang jugak macam orang baru bersalin, tapi baby tak de.. Anyway my biras ni tak de lah sedih sangat kot sbb anak ke-2 die baru 10 bulan, so die tak lah terfikirkan sangat kandungannya yg dah tak de tu, tak macam aku dulu..


Cakap pasal keguguran, memang aku ada pengalaman yang amat memilukan dan sampai sekarang kalau diingatkan rasa nak menangis, tapi itu semua kan dah ketentuan Ilahi.. bersabar saja la. Tentu ada hikmah disebalik kejadian yang memang hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui.

Kalau tak gugur ( x boleh cakap cam ni kan) aku akan ada seorang anak lelaki yang tentunya handsome cam bapaknya.. skrg 2 orang puteri aku pon dah besar ( 14 dan 17 th) Kalau (kalau lagi..) tak gugur adik lelaki mereka dah 10 th umur dia. Moga roh anakku aman disisiMu Ya - Rabbulalamin. Tunggu kedatangan bonda ya..

Kisah yang berlaku telah sebelas tahun berlalu, namun segalanya masih jelas diingatan. Tahun 2000, bapak mertuaku stoke pada bulan 10 dimana pada ketika itu aku baru mula mengandung. Oleh kerana abah dimasukkan ke hospital Pulau Pinang, boleh dikatakan setiap hari kami akan ke P.Pinang menziarahinya. Walaupon hanya duduk disebelah pemandu, aku terasa kurang selesa kerana gegaran kereta dan memang tak dinafikan, letihh sangaatt.

Raya puasa tahun 2000 jatuh pada bulan Dis. So sepanjang bulan puasa kami bercuti dan aku ketika itu sedang mengandungkan anak ke - 3 dan usia kandungan lebihkurang 4 bulan lebih. Setiap kali menjelang hari lebaran aku dan suami akan menjalankan proses mencuci rumah bersama-sama, dan tiga hari sebelum hari raya kami mencuci bersama secara besar-besaran. Aku tidak berasa apa-apa dan mmg mengandung sebelum ini pon aku tak bermasalah, malah agak susah utk bersalin (kena bedah dua-dua). Dua hari sebelum raya aku membeli keperluan di pasar dan aku juga membawa barang2 yang agak berat. Oleh kerana keadaan sesak, kereta diparking jauh, so aku kena berjalan jauh utk sampai ke kereta.

Sehari sebelum raya, aku menyediakan juadah hari raya seperti selalu : ketupat pulut, nasi impit, kuah kacang, rendang dan juga juadah tambahan - Nasi beriani. Letih tak terhingga.. Ramai yang datang pada hari raya tu, anak-anak masih kecil, so aku buat semuanya sendiri.. Pada petang hari raya, kami kerumah abah, dan dari sana terus ke Bukit Merah kerana arwah Anjang, Hana dan Sham berada disana. Mereka beraya di BM kerana Ariss baru dilahirkan (7 bulan) utk mengelakkan kunjungan ramai orang (x baik buat Ariss) so, depa beraya dihotel. Malamnya kami dinner di BM bersama arwah Anjang dan ketika itulah aku mula terasa kelainan.. terlalu banyak cecair keluar dan seluar dalamku lembap. Ini x pernah aku alami sebelum ini, tp aku x menyangka akan sesuatu yg buruk. Kami balik lewat malam, aku sangaatt letiiihhh...

Raya kedua, kakak iparku sekeluarga pula balik.. aku melayan mereka seperti biasa. Seluar dalamku tetap basah dan aku ada bertanya kpd kakak iparku tentang hal itu, katanya mmg ada kawannya mengalami keadaan serupa sepanjang kehamilan. Aku pon legaa.. Petangnya kami ke Taiping utk makan malam. Kami berasak dalam sebuah kereta dan pada masa ini aku mula terasa lenguh dipinggang. Aku memberitahu suami, katanya mungkin sbb terlalu letih, dan minta aku menyapu minyak dan berehat bila balik kelak. Dalam perjalanan balik aku masih terasa lenguh dan kadangkala tersa sedikit sakit (mcm contraction, tp agak lemah saja..). Aku mengajak suami utk ke klinik yang masih buka utk pemeriksaan dan kebetulan klinik fitrah masih buka. Dokter yg memeriksa bukan bhg gyne, so dia tak buat apa2 pon kecuali menasihatkan aku berjumpa dgn gyne aku awal pg esok.

Tiba dirumah aku terus menyapu minyak dan berehat saja. Aku terlelap sekejap dan terjaga apabila terasa agak sakit dipinggang dan seperti ada contraction.. aku duduk disofa sendirian sambil membaca majalah kerana tak boleh melelapkan mata lagi. Lebih kurang jam 4 pg aku terasa mahu membuang air kecil dan ketika itu aku sedar ada blood stain berwarna coklat. Aku berdebar-debar kerana terasa sesuatu yg tak kena.. aku teringat utk menalipon kak limah utk bertanya pengalamannya keguguran dan setelah bercakap dengan kak limah, aku pasti yang sesuatu yang serius telah berlaku dan aku perlu bertindak segera. Aku mengejutkan suami, dan kami buat keputusan ke TMC segera. Kami mengejutkan anak2 dan terus ke Taiping. Dalam perjalanan, aku berdoa agar tidak ada apa2 yang akan berlaku dan semuanya akan selamat.

Tiba di TMC aku dimasukkan ke wad sementara menunggu doktor yang tiba pada jam 8.00 pg. Aku masih terasa sakit.. Setelah dotor tiba dan membuat pemeriksaan, aku terkedu tak terkata, tak tahu apa yang perlu dilakukan, menjerit? marah? menangis? kerana kata doktor, " Your pelvik dah terbuka dan kami tak boleh buat apa-apa. Kalau cepat, kami boleh jahit dan hentikan contaction,skrg dah terlambat.. baby terlalu kecil dan x ada peluang utk suvive...." Ya Allah... aku berasa teramat lemah dan longlai. Anak2 dan suami masuk utk bertanya keadaan, aku menerangkan sambil menangis.. anak2 menangis teresak2.. aku memeluk mereka dan hanya mampu berkata, "baby kita dah tak ada..." berulang-ulang kali..

Proses kelahiran janin selesai, usai tengahari. Suamiku membawanya pulang utk disempurnakan. Aku tak sanggup nak melihatnya dan mengikut mak mertua yang mengurusnya bersama suami, anakku itu mirip bapanya.. aku bertambah sedihh.. Kedua2 anakku juga bersama bapa mereka dan anakku yang kedua kerap mimpikan baby katanya selepas kejadian itu. Janinnya dikebumikan di tanah perkuburan Parit Hj Wahab. Aku pulang kerumah keesokkan harinya dan menjalani tempoh berpantang seperti orang bersalin biasa. Waktu itu, Ibuku masih berada bersama membantu aku berpantang. Aku mengalami kemurungan kerana terasa begitu kosong dan oleh kerana itu aku berasa amat berdosa kerana ada perbuatan dan kata-kataku mungkin mengguris hati ibuku (Ampunkan aku ibu, aku tidak sesekali berniat begitu...). Keadaan bertambah parah kerana belum pon habis tempoh berpantangku, ibu pula kembali ke Rahmatullah... Al-Fatihah buat ibuku yang tersayang.

Dengan segala susah payah, aku bangkit! demi anak2ku yang berdua. Aku mengambil masa yang lama utk kembali pulih dari trauma keguguran dan kehilangan orang tersayang dalam masa yang sama. Sesekali bila kesaorangan, kenangan silam ini jelas kembali diingatan.. dan aku akan menghadiahkan Al-Fatihah buat ibubapaku dan puteraku. Semoga mereka bersama orang-orang yang soleh..Anakku, nantikan bonda ya..

Huk! huk! huk! (sambil mengelap air mata...)




Thursday, August 11, 2011

BUKAN SENGAJA...

Gambar kat atas amik kat en google.. tapi yang aku buat pon cam ni lah!

Semalam agak terlebih rajin, so menu berbuka puasa ditambah dengan agar-agar karamel buatan sendiri, alhamdulillahh.. menjadi ! elok dan sangat enak.. En suami pon tak komen ape2 , senyap je menyudu sampai habis tiga bekas kecil.. bleh buat lagi nih!

Dah agak lama tak buat masak lemak cili padi ikan so semalam itulah menunya ditambah dengan ayam bakar berempah dan sayur terung bercili. Mengancam kan menunya.. heh heh!

Makanya time berbuka, makanlah kami 3 beranak.. minuman plak, macam biasa.. air sirap tembikai cincang ( setiap hari..).

Waktu bersahur, perut aku rasa kurang selesa, macam berangin je... tapi oleh kerana tuntutan sahur tu kena makan, so aku cuba gak makan sikit.. tapi makin lama sakitnya makin terasa. Oleh kerana subuh lambat lagi nak waktu, aku pon cuba nak lelap dulu, bila baring je.. perut makin sakit, sah! kembung.. rasanya ni akibat terung bercili. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena sampai masuk waktu subuh. Lepas solat, sakitnya kian terasa... aku sapu minyak mustajab (nona roguy) jam dah menunjukkan pukul 6.30 pg.

Lalu waktu itulah timbul idea nak ambil MC lah.. nak cuti sehari, nak rehat.. dah lama terasa nak anbik CRK tapi ada saja halangan.. so agaknyalah, hari nilah masa yang sesuai.. aku pon tarik selimut, tidur balik! hehehe... bestnyerr.. Bila mak nak rehat, bagilah can anak ponteng harini kan. dia pon happy!!

So hari ni, pertama kali ambik MC utk th ni.. BEST!!!! banget.




Saturday, August 6, 2011

: : BUKA PUASA..


(Hotel 5 star..)


Sekarang ni dah jadi trend kan, berbuka pose kat hotel macam gambar kat atas nu..

rasanye tak salah kan memanjakan diri dan keluarga sikit di bulan yang mulia ni.. kalau berkemampuan, saja mencari sedikit kelainan...

Best jugak, bila tengok menu yang banyak tersusun cantik.. masa belum berbuka puasa macam rase macam tak cukup je food berbanding orang yang hadir, tapi bila dah langgah ayaq dan makan makanan berat sikit dah kenyang...

Kitaorang tak de la gi hotel 5 star, sekadar mampu, gi hotel kat gambar bawah ni je..



Okey la jugak....


Tuesday, August 2, 2011

PEMANTAUAN.... PERGHH!!!




TERCUNGAP-CUNGAP..

NGANTUUUKKKK..

LAPARRRR...

PANASSSS....

OKAY LA TU...

NAK BALIK DULU.....

BYEEeeeee........ see u tomorrow k.



Monday, August 1, 2011

FASTING MONTH..

- Ramadan merupakan bulan suci yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ramadan tak hanya mengajarkan bersabar menahan lapar dan dahaga sejak terbit hingga terbenam matahari, namun sarat dengan nilai mulia.

Namun, bagimana caranya menjalankan puasa dan ibadah Ramadan namun tubuh tetap bugar? Kondisi fisik dan mental orang berpuasa perlu dipersiapkan. Agar tetap sehat selama menjalankan ibadah puasa, ikuti tips seperti dikutip dari laman Arab News berikut.

Lakukan Persiapan
Mulailah dengan perencanaan makanan dan membuat daftar belanja sehingga Anda memiliki rencana makan selama Ramadan yang tersusun dengan rapi. Sehingga, tidak kalang kabut saat menentukan menu berbuka. Tubuh yang sehat sangat membantu Anda ketika beraktivitas di siang hari. Jadi, mulailah berbuka dengan menu sehat hari ini, hindari junk food dan pilih makanan sehat seimbang.

Kurangi teh, kopi dan minuman bersoda

Sekarang waktu yang baik untuk mengurangi asupan teh, kopi dan minuman bersoda lain yang mengandung kafein. Cobalah untuk membatasi diri hanya mengonsumsi minuman berkafein dua kali sehari selama Ramadan. Ini penting untuk meminimalisasi gejala sakit kepala.

Pastikan tubuh tetap terhidrasi dengan mengonsumsi air minum sebanyak 8-10 gelas sehari saat berbuka dan santap sahur. Mengonsumsi minuman bersoda dan berkafein akan membuat Anda terjaga di malam hari, dan memiliki efek diuretik pada tubuh.

Jaga kesehatan

Berpuasa selama Ramadan merupakan waktu tepat untuk memperbaiki metabolisme tubuh sehingga tubuh makin sehat. Jangan memikirkan berpuasa sebagai cara berdiet, namun bagaimana menahan nafsu dan menjalani hidup sehat.

Jika Anda memiliki masalah kesehatan, ada baiknya berkonsultasi pada dokter. Tanyakan pada dokter, bagaimana cara terbaik untuk membantu tubuh agar bisa menjalankan puasa dengan sehat.

Kebiasaan makan sehat
Pertahankan kebiasaan makan yang baik dengan menu seimbang dengan buah dan sayuran. Cobalah untuk tidak makan terlalu cepat saat berbuka puasa. Kunyahlah makanan dengan lembut dan jangan lupa untuk minum cukup untuk menghindari dehidrasi dan sakit kepala pada siang hari.

Perbanyak jus buah segar juga bisa membantu tubuh tetap fit selama Ramadan. Jika air urin terlihat berwarna gelap dan pekat, bisa menjadi bahaya bahwa Anda tidak cukup minum air. Minum banyak air juga akan membantu Anda menghindari sembelit.

Jangan lupa olahraga
Hal ini penting yang bisa membantu sirkulasi oksigen dalam tubuh tetap lancar adalah dengan berolahraga. Lakukan kegiatan aktif setelah berbuka, minimal melakukan aktivitas berjalan santai.

Tidur cukup
Tidur malam yang baik diperlukan untuk memastikan keseimbangan tubuh di hari berikutnya terutama bagi mereka yang pergi bekerja atau belajar. Kurang tidur dapat menyebabkan gelisah, sakit kepala dan masalah pencernaan yang buruk.

Sempatkan diri tidur siang karena ini akan memberikan energi dan menyegarkan Anda sehingga Anda dapat menikmati malam Anda.

Sahur
Semua pakar kesehatan sangat merekomendasikan makan sahur sebelum Anda memulai hari saat berpuasa. Meskipun berat terbangun di waktu subuh untuk sahur, hal ini penting dilakukan.

Sebagai ganti waktu tidur Anda yang terganggu, Anda bisa mengganti waktu tidur di sore hari menjelang berbuka. Agar tak repot menyiapkan santap sahur di waktu subuh, sebelum tidur masak makanan sahur dengan menu yang mudah dibuat.

Cobalah persiapkan makanan yang dapat memberikan Anda energi untuk menikmati hari di siang hari. Karena cuaca Ramadhan tahun ini cukup panas, jangan lupa minum air putih, dan jus untuk menghindari dehidrasi sepanjang berbuka hingga sahur.

Tubuh yang fit membuat Anda dapat melakukan puasa dan ibadah Ramadan lainnya dengan lebih khusyuk.

Selamat berpuasa!