Wednesday, August 17, 2011

JADILAH PEMURAH..



Tak tau nak describe what is the feeling regarding this entry.. Actually, semua orang punya satu perasaan kurang senang terhadap sesuatu perkara, wapaupon x jadi hal bg orang lain, Mmm..mcmmana ya, ok senang cerita, kadangkala kita merasa kurang senang/annoyed by someone's behaviour.. perasaan ni tak sama utk setiap orang..

Aku?? memang paling tak tahan dengan sikap kedekut seseorang... walaupon dilahirkan dalam keluarga yang tak senang tapi tak le terlalu susah, aku boleh dikategorikan orang yang pemurah la..(ecece..) betul!!, cuma kadang-kadang 'benda' yg nak disedekahkan tu yg agak kekurangan.. Bukan niat nak memuji, tapi memang dah jadi kebiasaan aku dari kecik (sure belom ada income jugak..) kalau nampak peminta sedekah (cacat ke..tak cacat ke..) mudah aje hati jadi lembut dan timbul rasa kesiann.. aku dengan rela hati, cepat2 masukkan sumbangan ( ikut kemampuan waktu tu la..) rasanya belom pernah aku menghampakan peminta derma, sikit atau banyak bergantung pada apa yang ada pd masa tu.. dan aku juga tak pernah pon mengingat semula apa yang dah diberi.. aku sangat 9999x yakin yang semua rezeki datangnya dari Allah s.w.t dan jika ikhlas memberi, Allah akan tambah berganda2..

Keyakinan aku berasas (wajib bg org Islam) sbb, selama dah hampit 46 th hidup, rezeki yang dikurniakan Allah ttp cukup..walaupon pendapatn kami suami isteri bukanlah banyak sangat.. tapi InsyaAllah.. kami tidak pon rasa kekurangan.. dan yang paling aku sukeee.. en suami pon mmg seorg yang pemurah..

Oleh kerana aku merasakan setiap apa yang Allah kurniakan tu perlu dikongsi bersama dengan yang lebih memerlukan, aku mmg rasa sangat 999x meluat kalau terlibat dengan org yg kedekut! lebih2 lagi kalau dia di limpahkan dengan rezeki yg melambak-lambak.. Boleh bwk mati ke harta yg menimbun tu, tambah2 le saham akhirat...


Harta dan pangkat juga ujian dari Allah, sanggupkah, atau boleh tak jadi org yang dermawan?

Aku amat bersyukurr kerana dijauhkan dari sikap bakhil dan kedekut ini.. Moga hati ini tetap kukuh dengan sikap yang pemurah.. Amiinnn.

Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, amalan sedekah amatlah dituntut dan ganjarannya, PAHALA YANG BERGANDA-GANDA

'PEACE, NO WAR'



No comments:

Post a Comment