Friday, August 12, 2011

KEDUKAAN YANG AMAT DALAM...

Tengah berbuka semalam, terima call dari adik ipar : wife die keguguran.. anak ketiga dan kali ke-2 keguguran. Siannn.. sangat. Sedih tau kalau keguguran ni, kena berpantang jugak macam orang baru bersalin, tapi baby tak de.. Anyway my biras ni tak de lah sedih sangat kot sbb anak ke-2 die baru 10 bulan, so die tak lah terfikirkan sangat kandungannya yg dah tak de tu, tak macam aku dulu..


Cakap pasal keguguran, memang aku ada pengalaman yang amat memilukan dan sampai sekarang kalau diingatkan rasa nak menangis, tapi itu semua kan dah ketentuan Ilahi.. bersabar saja la. Tentu ada hikmah disebalik kejadian yang memang hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui.

Kalau tak gugur ( x boleh cakap cam ni kan) aku akan ada seorang anak lelaki yang tentunya handsome cam bapaknya.. skrg 2 orang puteri aku pon dah besar ( 14 dan 17 th) Kalau (kalau lagi..) tak gugur adik lelaki mereka dah 10 th umur dia. Moga roh anakku aman disisiMu Ya - Rabbulalamin. Tunggu kedatangan bonda ya..

Kisah yang berlaku telah sebelas tahun berlalu, namun segalanya masih jelas diingatan. Tahun 2000, bapak mertuaku stoke pada bulan 10 dimana pada ketika itu aku baru mula mengandung. Oleh kerana abah dimasukkan ke hospital Pulau Pinang, boleh dikatakan setiap hari kami akan ke P.Pinang menziarahinya. Walaupon hanya duduk disebelah pemandu, aku terasa kurang selesa kerana gegaran kereta dan memang tak dinafikan, letihh sangaatt.

Raya puasa tahun 2000 jatuh pada bulan Dis. So sepanjang bulan puasa kami bercuti dan aku ketika itu sedang mengandungkan anak ke - 3 dan usia kandungan lebihkurang 4 bulan lebih. Setiap kali menjelang hari lebaran aku dan suami akan menjalankan proses mencuci rumah bersama-sama, dan tiga hari sebelum hari raya kami mencuci bersama secara besar-besaran. Aku tidak berasa apa-apa dan mmg mengandung sebelum ini pon aku tak bermasalah, malah agak susah utk bersalin (kena bedah dua-dua). Dua hari sebelum raya aku membeli keperluan di pasar dan aku juga membawa barang2 yang agak berat. Oleh kerana keadaan sesak, kereta diparking jauh, so aku kena berjalan jauh utk sampai ke kereta.

Sehari sebelum raya, aku menyediakan juadah hari raya seperti selalu : ketupat pulut, nasi impit, kuah kacang, rendang dan juga juadah tambahan - Nasi beriani. Letih tak terhingga.. Ramai yang datang pada hari raya tu, anak-anak masih kecil, so aku buat semuanya sendiri.. Pada petang hari raya, kami kerumah abah, dan dari sana terus ke Bukit Merah kerana arwah Anjang, Hana dan Sham berada disana. Mereka beraya di BM kerana Ariss baru dilahirkan (7 bulan) utk mengelakkan kunjungan ramai orang (x baik buat Ariss) so, depa beraya dihotel. Malamnya kami dinner di BM bersama arwah Anjang dan ketika itulah aku mula terasa kelainan.. terlalu banyak cecair keluar dan seluar dalamku lembap. Ini x pernah aku alami sebelum ini, tp aku x menyangka akan sesuatu yg buruk. Kami balik lewat malam, aku sangaatt letiiihhh...

Raya kedua, kakak iparku sekeluarga pula balik.. aku melayan mereka seperti biasa. Seluar dalamku tetap basah dan aku ada bertanya kpd kakak iparku tentang hal itu, katanya mmg ada kawannya mengalami keadaan serupa sepanjang kehamilan. Aku pon legaa.. Petangnya kami ke Taiping utk makan malam. Kami berasak dalam sebuah kereta dan pada masa ini aku mula terasa lenguh dipinggang. Aku memberitahu suami, katanya mungkin sbb terlalu letih, dan minta aku menyapu minyak dan berehat bila balik kelak. Dalam perjalanan balik aku masih terasa lenguh dan kadangkala tersa sedikit sakit (mcm contraction, tp agak lemah saja..). Aku mengajak suami utk ke klinik yang masih buka utk pemeriksaan dan kebetulan klinik fitrah masih buka. Dokter yg memeriksa bukan bhg gyne, so dia tak buat apa2 pon kecuali menasihatkan aku berjumpa dgn gyne aku awal pg esok.

Tiba dirumah aku terus menyapu minyak dan berehat saja. Aku terlelap sekejap dan terjaga apabila terasa agak sakit dipinggang dan seperti ada contraction.. aku duduk disofa sendirian sambil membaca majalah kerana tak boleh melelapkan mata lagi. Lebih kurang jam 4 pg aku terasa mahu membuang air kecil dan ketika itu aku sedar ada blood stain berwarna coklat. Aku berdebar-debar kerana terasa sesuatu yg tak kena.. aku teringat utk menalipon kak limah utk bertanya pengalamannya keguguran dan setelah bercakap dengan kak limah, aku pasti yang sesuatu yang serius telah berlaku dan aku perlu bertindak segera. Aku mengejutkan suami, dan kami buat keputusan ke TMC segera. Kami mengejutkan anak2 dan terus ke Taiping. Dalam perjalanan, aku berdoa agar tidak ada apa2 yang akan berlaku dan semuanya akan selamat.

Tiba di TMC aku dimasukkan ke wad sementara menunggu doktor yang tiba pada jam 8.00 pg. Aku masih terasa sakit.. Setelah dotor tiba dan membuat pemeriksaan, aku terkedu tak terkata, tak tahu apa yang perlu dilakukan, menjerit? marah? menangis? kerana kata doktor, " Your pelvik dah terbuka dan kami tak boleh buat apa-apa. Kalau cepat, kami boleh jahit dan hentikan contaction,skrg dah terlambat.. baby terlalu kecil dan x ada peluang utk suvive...." Ya Allah... aku berasa teramat lemah dan longlai. Anak2 dan suami masuk utk bertanya keadaan, aku menerangkan sambil menangis.. anak2 menangis teresak2.. aku memeluk mereka dan hanya mampu berkata, "baby kita dah tak ada..." berulang-ulang kali..

Proses kelahiran janin selesai, usai tengahari. Suamiku membawanya pulang utk disempurnakan. Aku tak sanggup nak melihatnya dan mengikut mak mertua yang mengurusnya bersama suami, anakku itu mirip bapanya.. aku bertambah sedihh.. Kedua2 anakku juga bersama bapa mereka dan anakku yang kedua kerap mimpikan baby katanya selepas kejadian itu. Janinnya dikebumikan di tanah perkuburan Parit Hj Wahab. Aku pulang kerumah keesokkan harinya dan menjalani tempoh berpantang seperti orang bersalin biasa. Waktu itu, Ibuku masih berada bersama membantu aku berpantang. Aku mengalami kemurungan kerana terasa begitu kosong dan oleh kerana itu aku berasa amat berdosa kerana ada perbuatan dan kata-kataku mungkin mengguris hati ibuku (Ampunkan aku ibu, aku tidak sesekali berniat begitu...). Keadaan bertambah parah kerana belum pon habis tempoh berpantangku, ibu pula kembali ke Rahmatullah... Al-Fatihah buat ibuku yang tersayang.

Dengan segala susah payah, aku bangkit! demi anak2ku yang berdua. Aku mengambil masa yang lama utk kembali pulih dari trauma keguguran dan kehilangan orang tersayang dalam masa yang sama. Sesekali bila kesaorangan, kenangan silam ini jelas kembali diingatan.. dan aku akan menghadiahkan Al-Fatihah buat ibubapaku dan puteraku. Semoga mereka bersama orang-orang yang soleh..Anakku, nantikan bonda ya..

Huk! huk! huk! (sambil mengelap air mata...)




No comments:

Post a Comment