Monday, August 29, 2011

1 HARI SEBELUM HARI RAYA...

Gambar sekadar hiasan buat mengimbau kenagan masa kat kg dulu..

Seperti kebiasaannya, hari ini adalah hari menyediakan juadah utk hari raya (esok kot..) Dah jadi tradisi aku dan keluarga yang tak balik mana-mana kampung ni, bersiap sedia utk sambut tetamu pada hari raya.. inilah saja cara nak memeriahkan sambutan lebaran kami, anak-anak pun dah biasa hanya sambut raya dirumah saja sambil terima kunjungan tetamu.. best jugak tapi letih woo.. bila dah malam, semua 'melepet'.. hehehe..

Antara juadah yang jadi kemestian ada atas meja di pagi raya adalah....

1.Ketupat pulut daun pisang

Resepi turun temurun ni, memang mesti adala.. kalau makan ngan rendang, perghh! lazat tak terkira.. Kalau kat kampung dulu, lepas je bukak puasa hari last tu, terus potong dan makan dengan berebut2 ( ngan abang2 la..) Clear 4/5 batang. kami kurang menggemari lemang sbb kekadang, lemang ni terlebih bakaq, keras le plak.. tak berapa best. Ketupat Pulut daun palas pon Ok gak.. tapi x berapa expertla nak membungkusnya. Ketupat pulut daun pisang ni, agak senang nak bungkusnya dan kalau nak cepat siap, bungkus je besaq2 lengan.. gedabak-gedabak. Rupa x kira yang penting lemak n masinnya cukup.

2. Rendang Pedas daging


Rendang ni, of course la nak makan ngan ketupat pulut kan.. Resepi cam biase buat rendang pedas la. dan juga mesti cukup rasa pedas, manis, masin dan masamnya..bahan yang penting, taruk serai, lengkuas dan kunyit.. yang lain-lain asas tu, macam biasa la..

3. Nasi impit/ ketupat mini segera


Juadah ni pon mesti ada bila hari raya.. cam tak lengkap ja kalau tertinggal/ lupa nak buat. Kalau nak buat nasi impit kena masak nasi tapi lebihkan air, biar lembek.. then letak dalam kain kasa ( khusus utk masakan la, jgnla guna kain batik harian tu, goli lak nak telan nnt..) pulas bagi ketat, then tindih dengan benda berat, sure jadi punye.. Kalau nak buat ketupat mini segera mmg senang, cuma ambik masa nak rebus die je.. lebih kurang 2 jam.

4. Kuah Kacang


Ni plak mesti ada utk makan nasi impit tadi.. macam2 cara org buat kuah kacang ni, tapi yg paling membanggakan, selalunya kuah kacang saye selalu kena puji..(ecece..) eh, tak tipu tau! resepi ni arwah mak yang ajaq.. alhamdulillahh.. memang sedap!!

5. Nasi Beriani


Setiap raya, suami mesti buat permintaan untuk nasi beriani,. So, ada kerja tambahan la. Tapi saya cuma guna perencah nasi beriani maggi. Ok la.. tabur bawang goreng, kismis dan gajus untuk garnishing. So far, habih licin gak..

6. Ayam masak kuzi


Tahun ni saya buat ayam masak kuzi, rempah ditaja oleh kak zah ipoh. Ok la rasa dia.. katanya dari Kelantan. Saya buat bersungguh2 guna bahan asal masak kuzi but still tak bleh celen maksu batu 8 punya, kata abang-abang ku.. huhuhu never mind, i'll try again and again..

7. Dalca sayur


Dalca sayur sebagai kuah, sampingan je.. selalunya tak habih, so, tahun ni buat sikit saja.. elok je ngam ngam.. Biasanya buat pagi hari raya sebelum suami balik dari mesjid.

8. Jelatah


Ni pon buat pagi raya.. biasanya anak sulung (nadiah) yg tolong potong-potong. Saya gaul saja.. adik plak sibuk menyiapkan meja hidangan..

9. Air Asam (Ayaq asam)

Gambaq en google tak dak yang serupa, sipi-sipi saja..

Yang ni memang my specialties la.. setakat ni, mmg semua orang belum pernah komplen.. resepinya dari arwah ayah.. wallahh!!! memang terbaek la.. sapa nak belajaq kena bayaq pengeraih dulu.. hik hik!

Kesimpulannya,

Banyak tak yang perlu saya sediakan? (jawab sendiri) Banyaaakk!!! so, saya kena rancang persediaannya dgn teliti supaya semuanya boleh siap on time.. Ramai tau yg datang ke rumah, so everything kena ready awal-awal.. belum lagi cerita tentang susunan hidangan dan pinggan mangkuk yang kena disediakan. Tahun ni kena guna polisterin saja utk elakkan dari basuhan pinggan yang banyak (kerja anak-anak) sbb nadiah nak trial spm, so tak mau kacau dia banyak sangat..

Letihhh.. tapi seronok, dapat jumpa ramai orang!! moga tahun hadapan bertambah ramai yang akan berkunjung!! Ni lah cara kami menyambut raya..


No comments:

Post a Comment