Gambar kat atas amik kat en google.. tapi yang aku buat pon cam ni lah!
Semalam agak terlebih rajin, so menu berbuka puasa ditambah dengan agar-agar karamel buatan sendiri, alhamdulillahh.. menjadi ! elok dan sangat enak.. En suami pon tak komen ape2 , senyap je menyudu sampai habis tiga bekas kecil.. bleh buat lagi nih!
Dah agak lama tak buat masak lemak cili padi ikan so semalam itulah menunya ditambah dengan ayam bakar berempah dan sayur terung bercili. Mengancam kan menunya.. heh heh!
Makanya time berbuka, makanlah kami 3 beranak.. minuman plak, macam biasa.. air sirap tembikai cincang ( setiap hari..).
Waktu bersahur, perut aku rasa kurang selesa, macam berangin je... tapi oleh kerana tuntutan sahur tu kena makan, so aku cuba gak makan sikit.. tapi makin lama sakitnya makin terasa. Oleh kerana subuh lambat lagi nak waktu, aku pon cuba nak lelap dulu, bila baring je.. perut makin sakit, sah! kembung.. rasanya ni akibat terung bercili. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena sampai masuk waktu subuh. Lepas solat, sakitnya kian terasa... aku sapu minyak mustajab (nona roguy) jam dah menunjukkan pukul 6.30 pg.
Lalu waktu itulah timbul idea nak ambil MC lah.. nak cuti sehari, nak rehat.. dah lama terasa nak anbik CRK tapi ada saja halangan.. so agaknyalah, hari nilah masa yang sesuai.. aku pon tarik selimut, tidur balik! hehehe... bestnyerr.. Bila mak nak rehat, bagilah can anak ponteng harini kan. dia pon happy!!
So hari ni, pertama kali ambik MC utk th ni.. BEST!!!! banget.

No comments:
Post a Comment