Kali ini saya ingin memperkatakan tentang tugas saya ( bukan nak menunjuk ya, tp lebih kepada ingin difahami..) yang saya rasa semakin berat pada tahun 2011 ini. Jawatan yang saya pegang secara paksarela ini sebenarnya menjadi CABARAN yang amat besar buat saya.
PK KOKU!
Senang menyebutnya, tp amat besar cabaran yg menanti. Julai 2009 saya mula memikul beban ini. Saya bermula dari KOSONG... sbb saya sendiri bukanlah pelajar aktif dalam koku sewaktu bersekolah dulu dan lagi koku zaman 70 - 80an tak sama macam sekarang. So saya redah saja.. dan tak henti2 berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalankan segala arahan dari majikan ( Kem Pel la...). Alhamdulillahh.. sudah hampir dua tahun berlalu dan tahun ini (2011) nampaknya cabaran dan bebanan makin bertambah!
Bermula dengan terlibat dalam mengedalikan merentas desa negeri Perak pada Januari lalu dan yang paling MENCABAR ialah terlibat sbg Pengerusi bersama Kej. Olahraga Daerah Kerian.
No comments:
Post a Comment