Friday, March 18, 2011

CUTI TAPI TAK BERCUTI..

Cuti sekolah (seminggu) dah hampir tamat, tapi..... sedih sungguh rasanya, hampir setiap hari berada disekolah. Tak rasa macam cuti pon...


Istilah cuti pada aku adalah berada dirumah bersama keluarga, memanjakan anak-anak dan suami dengan masakan yang enak2 dan mencuba resepi-resepi baru, membereskan kerja2 pembersihan rumah dengan sempurna, dapat meluangkan masa membaja dan melihat tanam-tanaman.... itu sahaja sudah cukup membahagiakan. Tak perlu percutian yang mewah melibatkan pusat peranginan dan hotel2 (untuk itu, setahun sekali sahaja)
Cuti kali ini amat singkat rasanya, tak sempat nak bersantai-santai... setiap hari terkejar2 ke sekolah untuk membereskan kerja sebelum kejohanan sukan daerah.


Kesian kat anak-anak.... Sabar ye, cuti pertengahan tahun nanti, harapnya akan lebih bermakna.


I LOVE MY FAMILY WITH ALL MY HEARTS..


No comments:

Post a Comment