Monday, February 21, 2011

CEMPEDAK DAH JADI NANGKA..




Tak sangka betul.... bak kata pepatah : Cempedak dah jadi nangka. Suatu hari dulu saya amat tidak berminat dengan kucing, permintaan anak untuk membela kucing selalu mendapat bantahan keras dari saya. Bukan apa, saya amat tidak gemar kepada bulu-bulunya yang amat mudah gugur dan bersepah dalam rumah. Kena vacuum selalu.. Mmmpp... tu yg malas. Lagi satu, saya cukup x tahan dgn bau poopnya. Pengalaman dirumah lama dimana kawasan kecil belum bersimen jiran sebelah menjadi jamban bbrpa ekor kucing disitu memberikan haruman yg amat memualkan. Uhh! x lalu makan dibuatnya. Walaubagaimana pon, saya mempunyai nostalgia berkaitan kucing ini. pada usia saya lebih kurang 4 tahun, saya mengalami kejadian yang tak dapat saya lupa hingga sekarang iaitu terpijak kaca dan luka ditapak kaki saya amat dalam dan panjang. Ketika itu juga negara sedang menghadapi peristiwa 13 Mei 1969. Tiada apa yang dapat dibuat kerana ketika itu perintah berkurung sedang dilaksanakan dan pada malamnya darah masih tidak berhenti. Saya menjadi amat lemah dan mula meracau kerana kekurangan darah yang kronik. Arwah ayah bertekad keluar menjemput seorang tabib sbg ikhtiar, dan saya disuruh memilih samada untuk makan sesudu gula atau diletakkan BULU KUCING pada luka saya sbg cara pengubatan, dann.. saya memilih bulu kucing!! Alhamdulillah.... saya selamat! Dan setelah berumur 45 th tahun lepas, saya memberi lampu hijau untuk belaan kucing kepada anakanda saya yg amat kasih kpd kucing

Inilah kucing tersebut! JIMMY..


Hadirnya kucing yg juga haiwan kesayangan Rasulullah ini dirumah kami membawa keriangan dan kebahagiaan.. Saya terpaksa berkorban untuk vacuum rumah lebih kerap tetapi kawasan rumah yang agak luas dapat memberi ruang selesa buat kami semua. Pembuangan najisnya secara sempurna (guna pasir) dapat mengelakkan daripada bau yg kurang menyenangkan, Alhamdulillah juga Jimmy tidak pernah menyusahkan dalam pembuangan najis. Paling membahagiakan, bila melihat suami memberi kasih sayang kepada Jimmy.. ibarat melayan budak kecil!! Kebetulan kami tidak punya anak lelaki dan kedua-dua puteriku sudah besar panjang. Saksikan sendiri kemesraan Kami dan Jimmy! Dan saya amat percaya memelihara kucing dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana hati jadi tenang dan terhibur bila melihat gelagat nya, InsyaAllah... WHAT A GREAT PLEASURE TO HAVE A PET AT HOME...



No comments:

Post a Comment