Thursday, July 26, 2012

: JUN -JULAI 2012 :

Islamic Ramadan wallpapers 2012

Lama betul tak menjengah blog ni.. dah mula ada sawang agaknya.. Kekadang memang terasa banyak yg ada dalam fikiran dan nak diluahkan disini, tapi.. entahlah, nak kata sibuk sangat, tak kot... esp semua acara sukan tahunan dah selesai, Alhamdulillah...  

Semenjak lepas cuti pertengahan tahun dulu (bulan 6) amatlah sibuk sekali dengan acara2 sukan sehinggalah 14 julai (hari kejohanan sukan tahunan 2012). Sukan tahunan kali ni memang meriah.. seronok sangat tengok pelajar2 enjoy.. Sukan Tahunan sekarang ni tak macam dulu2.. acara sukan sebenar (larian dan sebagainya) dah tak menjadi acara utama, yang memeriahkan sukan sekarang ialah masa perbarisan dan acara pembukaan, lari2 ni dah jatuh nombor dua..  apapon, masa merubah segalanya... kita follow sajalah kann.. 

Seminggu je lepas Sukan tahunan, dah masuk Ramadhan. Sebelum mula bulan yg mulia ni nak la jugak jengok2 anakanda kesayangan di Tronoh tu.. maka petang Jumaat sehari sebelum puasa, bertolaklah kami ke UTP dengan membawa sedikit bekalan makanan untuk Nadiah. Sambal bilis, serunding ayam, kurma dan lain2 keperluan pon diserahkan kat dia.. sedih  terasa sbb rasanya dia tak berkesempatan balik sepanjang Ramadhan kali ni. Untuk mengurangkan sikit kerisauan ttg food berbuka dan bersahurnya, kami menyarankan dia membuat tempahan pakej bersahur kat asrama tu.. so pagi2 (suboh actually..) makanan akan dihantar kebilik dengan kadar RM 5.. Ok kann..

Hari ni dah hari ke-6 berpuasa.. Aku memang berazam utk menyediakan juadah berbuka/bersahur sendiri.. NO PARAM.. setakat hari ni, Alhamdulillah.. masih mampu bertahan. Kueh/side dishes pon buat sendiri tau.. Hubby cam tak percaya je.. hari2 call, tanya nak beli apa kat PARAM sebelum balik dari pejabat.I said , "No need dear"  (see the leg la..)

Persiapan raya belum apa2 pon lagi. Cuma, baju kurung dah ditempah la but still belum siap. Kueh raya pon dah lama start order.. dan dah mula lupa banyak mana yang dah di order. macam selalu, bila sampai masa agihan kueh, rasa heran plak, eh, ade ke saya tempah kueh ni? dan akhirnya end up, berstack-stack kueh raya...  tak pe lah.. tak habis karang, kita sedekah kan je.. ye tak.

Kat sekolah lak.. aktiviti koku direhatkan masa bulan puasa ni, kuranglah sikit bebanan kerja.. cuma, memang banyak fail2 yg perlu di update... huhu. Petang2 tak perlu kesekolah utk pantau segala macam akt koku, so kita buat akt. sendirilah ye.. kuak terlentang kat atas katil.. (peluang tidur sekejap waktu petang)
Nikmatnyeee... tak terkata.

Akhirnya, saya berdoa agar dapat meningkatkan amal ibadah pada  Ramadhan kali ini,  dan semoga seluruh keluarga saya akan dilimpahkan Rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t atas segala kelemahan dan kelalaian... 

Kerinduan pada Arwah Ibu dan Ayah meruntun jiwa dalam bulan Ramadhan ini ; 

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment