Tuesday, June 19, 2012

Sahabat..


Selamat bertemu kembali...
Walaupon banyak draft yg x dpt di lengkapkan dan dipost, entri kali ni rasanya lebih tinggi 'makam' nya, so.. dia telah memintas draft2 yg telah lama terperam..

Tajuk yg tertera di atas x glamer langsung kan, tapi.. rasanya isinya nanti memang kaw habis! so, keep on reading..

Dalam dunia ni sape yg takde sahabat? Kalau pon x de sahabat karib, sahabat gitu2 mesti ada kan. Biasanya  kita akan bersahabat atas sebab-sebab tertentu yg hanya kita saje yg tahu. Kadang2 tanpa disedari seseorang itu dah jadi sahabat, kita tanpa dirancang. Dalam perjalanan hidup kita yang panjang (ada juga yang pendek) kita akan bertemu dengan seseorang di tempat dan masa yang juga kita tak jangka.. akhirnya terjadilah suatu ikatan persahabatan yang kadang2 jika kena gaya dan rentak, persahabatan ini akan menjadi sangat rapat kerana ujudnya saling percaya mempercayai, persefahaman yang tinggi dan juga kasih sayang tanpa syarat sesama insan.. 

Persahabatan akan berterusan selagi mana tiadanya perpisahan.. Namun , dengan pertambahan usia dan keadaan yang telah ditentukan ke atas kita, kadangkala sahabat akan terpisah jua.. namun kenangan pahit manis yang telah dilalui bersama akan kekal diingatan.. dan sekiranya ditakdirkan dipertemukan kembali, alangkah meriahnya mengimbau kembali memori lama yang semuanya terasa indah. Tetapi..ada juga situasi dimana masa telah merubah segalanya... kita seolah2 tidak lagi mengenali insan yang mana dulunya begitu akrab dengan kita..

Kemanisan zaman remaja tidak lengkap kiranya tanpa kehadiran sahabat karib.. Dialah tempat kita mengadu  atau bercerita tentang segalanya.. Rahsiamu, rahsiaku juga.. kepercayaan kita kepada sahabat melebihi ibubapa kita sendiri.. Kegembiraan, kesedihan, kenakalan.. semuanya kita kongsikan bersama sahabat..
Masa berlalu.. situasi berubah, umur juga bertambah.. kita x selamanya remaja, jodoh dan juga tuntutan menyara diri dan keluarga akan menjadi sebab sebuah persahabatan terungkai.. huhuhu.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, pertemuan semula diantara sahabat2 rancak berjalan.. reunion disana sini. Dalam keseronokan kadang2 ada juga mengundang duka.. Sahabat yang dulunya amat mudah difahami dengan perwatakan dan pemikiran yang sama aliran dah berubah.. menjadikannya seorang yg tidak lagi dikenali.. walau cuba dicungkil kemesraan lama, namun masih berlainan cara.. Anak sungai lagikan berubah, inikan pula hati orang...

Persahabatan tercipta dan persahabatan yang terungkai berlaku dimana-mana.. namun yang pasti, janganlah berhenti daripada :  BERSAHABAT....

2 comments:

  1. lama tak singgah sini...teringat kekawan zaman sek dan u...memang akrab mcm adik beradik...tapi kini tiada lagi detik manis itu.asib la dah kawin...teman rapat ku k.sal kenal bebeno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Faridah, kak sal mengalaminya sendiri.. Semuanya dah berubah.. yang tinggal hanyalah kenangan.. Jika kita amati, setiap yang kita dipertemukan dalam perjalanan hidup yang sementara ini terkandung rahsia dan hikmah yang tidak ternilai.. Syukurrr Alhamdulillahh..

      Delete