Monday, November 28, 2011

SABAR MENANTI..

Hari ni dah masuk minggu ke 2 cuti sekolah akhir tahun, dan dah masuk minggu ke-3 kakak menghadapi SPMnya.. Walau kakak di asrama, namun situasinya yg sedang berperang dgn soalan peperiksaan menjadikan kami turut sama berada dalam kuarantin. Tak pi mana2 pon lagi sepanjang cuti, cuma ke Taiping (MRSM) menghabiskan waktu melayan kakak pada masa senggangnya. Insyaallahh.. lagi 2 hari, berakhirlah perjuangan kakak di sekolah menengah..

Tapi, sanjungan harus juga diberikan pada adik, kerana begitu sabar menanti masa untuk berlibur bersama-sama kakak kesayangan.. Hasratnya nak menonton cerita2 kegemaran dipendamkan saja dulu demi kakak yang sedang menghadapi peperiksaan.. tentunya bosan menunggu kann!

Mujur ada kucing2 yang mengisi masa lapangnya. Banyak yang perlu diuruskan supaya kucing tetap sihat, bersih dan ceria..

Beginilah adik melayan kucing2nya bermain..
Lucky yang baru saja baik tangannya dan baru mula ceria bermain..

Bayangkan kesibukan adik mengurus 11 ekor kucing2nya.. Aku? kekadang saje membantu..

Wassalamm..



No comments:

Post a Comment