
Dalam sehari dua ni terlalu banyaaakk yang berlaku dan dipelajari. Allah s.w.t mengizinkan sesuatu kejadian itu berlaku mestinya ada hikmah dan ilmu yang perlu kita sama-sama fikirkan. Saya ingin berkongsi apa yang saya rasakan suatu pengajaran yang berguna . Tapi jika tidak ada sesiapa pon yg sudi atau tersesat membaca posting ini, saya menganggapnya suatu peringatan buat diri saya sendiri yang selalu alpa dan lalai .
Keperluan Bantu Membantu dan hidup Bermasyarakat.
Kadangkala dalam kehidupan ini, kita selalu juga berfikir "aku tak kacau orang, so tak payah la kacau aku, buat je hal memasing.." Kita tak rasa terpanggil untuk membantu jika ada orang yang menghadapi masalah/kesusahan. Buat donoo.. je walau kekadang kita juga diperlukan .
Ingatlah..
Walau kita tak kacau orang, tapi sikap hanya mementingkan diri dengan tak mahu melibatkan diri atau dalam kata lain, tak mau susah (escapism) juga bukanlah tindakan terbaik.. Kita diturunkan dimuka bumi ini dalam keadaan lelaki-perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa adalah untuk kita sama-sama mengurus mukabumi ini dengan baik. Tolong menolong, hormat-menghormati, bertolak ansur sesama kita dan pelbagai kaedah yang baik2..
Insyaallahh.. hidup kita akan lebih bermakna
p/s : sesekali, berpesan-pesan ...
No comments:
Post a Comment