Setelah 30 tahun aku mendudukinya, PMR masih bertandang setiap tahun, hinggalah ke akhir nyawanya pada tahun 2013 nanti..
PMR masih relevan pada aku. keputusan peperiksaan PMR lah yang selalunya akan menjadi tanda aras untuk seseorang memilih aliran ke tg 4, 5 dan seterusnya menduduki SPM pula. Of Course la bagi yang berjaya dengan cemerlang akan memilih aliran/mata pelajaran yang agak mencabar dan yang kurang berjaya tidak berani untuk ke aliran Sains (dah lumrahh..) Tapi, sebenarnya kejayaan seseorang dalam hidup bukanlah bergantung kepada aliran yang dipilih, ada juga yang hanya memilih aliran kemanusiaan, tapi sangat berjaya di masa hadapan. Semuanya adalah ketentuan dariNya.
Kejayaan dalam PMR juga kadangkala memberikan peluang kedua bagi pelajar cemerlang untuk ke sekolah yang lebih berprestige atau ke SBP . Apa2pon bukan semua yang berpindah sekolah lain itu akan berjaya dengan cemerlang di tempat baru, malah ada juga yang gagal kerana perpindahan tersebut. Itulah rencah kehidupan kann..
Zaman aku dulu, PMR masih sangat relevan sbb ianya juga jadi sebagai tapisan untuk pelajar yang tidak berkebolehan dalam akademik. Mereka akan disalurkan ke SMV. Sekolah berasrama yang popular tahun 80an selain SBP adalah SMT (kat Balik Pulau dan Jalan Brash, Ipoh) untuk pelajar lepasan PMR waktu itu menyambung pelajaran, termasuklah my hubby..
Cuma sebagai ingatan, janganlah kejayaan yang cemerlang dalam PMR menjadi kayu ukur untuk kejayaan di masa hadapan. Jangan leka dibuai kejayaan sampai lupa plak berusaha untuk menghadapi SPM. Tahap pelajaran dan cara pembelajaran PMR dan SPM sangat berbeza..
Bila dah tersebar berita yang PMR akan dimansuhkan mulai 2014, hati jadi tak keruan.. kenapa nak beremosi plak ya?? mungkin sbb aku masih berada di persekitaran sekolah dan jiwa aku yang masih dekat dengan dunia pendidikan kott..
Bila PMR dah dimansuhkan, ianya akan digantikan sepenuhnya dengan PBS dan.. maknanya semua guru akan terlibat dalam memberi penilaian terhadap pelajar. Bolehkah di percayai yang penilaian ini akan dijalankan seadilnya oleh guru?? Bagaimana pula dengan unsur-unsur 'bias'?? Entahla.. tapi katanya untuk ke SBP dsb, akan ada ujian khas.. Fuhh!! nasib baik kedua2 anakanda dah lepas..
Tahun depan, pelajar tingkatan satu akan jadi pelopor untuk cara baru tanpa PMR ni, kita sama-sama tengoklah perkembangannya. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar..
Insyaallahh...
No comments:
Post a Comment