

Selalunya, popiah goreng ni beli saja kalau teringin nak makan.. memang teringin nak buat, tapi tak berkesempatan..
Weekend kali ni dah plan awal2 nak buat popiah utk minum petang. So bila pi pasar, dah siap beli sengkuang, taugeh, kacang panjang dan tofu untuk intinya.. kulit popiah dah dekat sebulan dalam freezer.. hehe.
Untuk lebih menampakkan kesungguhan, sosnya pon akan dibuat sendiri.. (sila kagum)
Lepas solat dzohor (mestila lepas lunch..) saya dengan bersemangatnya turun kedapur sekali lagi khusus untuk penyediaan intinya,
Potong sengkuang nipis2 dan panjang2 sikit..
bersihkan taugeh
potong kacang panjang kecil2
hancurkan tofu
then, siap2 balut inti dalam kulit popiah dan ready utk digoreng bila nak minum petang nanti..
Lepas tu, dengan semangatnya buat kuah/sos utk popiah lak..
Blend cabai merah, bawangmerah, bawang putih (seulas seulas je..) belacan (sikit je tau..), cuka, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Lepas blend, masak dulu biar agak pekat, dan sedia utk dihidang..
Hasilnya..
Seperti kat atas tu le.. Bestnyer dapat sediakan sendiri. Anak-anak pon puji kata sedap.
Boleh makan puas-puas!!
Petua goreng popiah guna kulit ready made ni, api perlu di control. Biar slow, jgn terlalu kuat barulah hasilnya cantik dan sedap.
No comments:
Post a Comment