
Tinggal lebihkurang 10 hari je lagi nak raya.Emmm..apa nak dibuat sbg persediaan ya. Teringat masa kecik2 dulu kat kg batu 8, seronok betul bila dah hampir hari raya. Sebok je tanya mak bila nak start buat kueh.. kueh dulu2 ja...baulu, kuih bangkit, kueh ros dan beberapa jenis lagi. Seronoknya sbb kita hanya jadi tukang tolong sikit2 ja, tak ada dalam fikiran pon pasal budget raya, tau2 dah sedia ada.
Sekarang ni, semua terpaksa di uruskan.. bajet kueh, bajet baju raya, bajet duit raya, bajet juadah raya 1, raya 2, raya 3....... fenin fenin!, orang dulu2 sambut raya cukup sederhana tapi meriahhh sangat! pepagi lagi dah siap mandi sunat hari raya.. then pakai baju baru, terus makan juadah yg mak masak.
Sekarang ni jam 6 pgi dah terkial2 kat dapur masak nasi utk hidangan istimewa pagi raya.. Kehadiran tetamu dihari raya sahaja yang akan dapat memeriahkan hariraya buat anak-anakku yg tidak lagi berpeluang menyambut raya beramai-ramai bersama sanak saudara..kami hanya menyambut raya berempat sahaja, inilah sebab utama persiapan utk hari raya dibuat sebegitu rupa, walaupun kadangkala terasa begitu penat...
Raya kali ni jatuh hari Jumaat, tak sangka sebelum Solat Jumaat semua keluarga yg ada kat sini berkumpul di rumah kami, meriah sungguh! Kehadiran Abang2, kakak2 ipar dan anak2 sedare sangat2 dihargai... Thank U to all..
Maksu dan paksu serta keluarga sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua sedara mara ke rumah maksu.. tapi kalau tak mau mai, nak buat macam mana?
Selamat hari raya ....
No comments:
Post a Comment