Tuesday, August 10, 2010

Anak saudara sulung...


Pepagi ni, teringat pulak kat salah sorang anak sedare yang sudah tersangat lama tidak bertemu. Walaupun title 'anak sedare' tapi dia lebih tua dari maksu, maklum le dulu-dulu kan ramai yang berkahwin dalam usia yg muda. Anak pompuan kawin, maknye masih muda n still produktif, so bila anak dapat baby (cucu), mak pon masih di beri rezeki anak.. itulah yg berlaku dalam keluarga maksu...
Semasa anak sedare ni masih bersekolah menengah ditakdirkan keluarganya berpindah ke felda, so demi persekolahannya maka dia ditinggalkan dan dipelihara oleh mak dan ayah maksu ( tok dan tok wan). Setelah selesai persekolahan hingga tg 5 dia meneruskan kerjayanya juga dengan felda dalam tahun2 akhir 70an. Bayangkan, rasanya dah dekat 30 th, amat jrg bertemu, kali terakhir pada awal 90an...
Agaknya kalau bertembung dengan anak2nya mesti tak kenal sbb x pernah jumpa pon...
Entahla, bila agaknya dapat bertemu lagi..

No comments:

Post a Comment