Thursday, May 8, 2014

Tanpa tajuk..

Syukurrr... hari ni terasa sangat nak meng update blog yg sgt lama terbiar sepi.. Memang terlalu banyak peristiwa dan kisah yg dilalui, namun aku tak punya kekuatan untuk menulis disini. Banyak sgt kekangan dan masa yg terisi dengan pelbagai xtvt sekolah dan keluarga... Macmmana nak recall semua cerita bila dah tua nnt ek (skrg pon dah tua hihi..). Setiap kali menaip disini mesti semangat untuk selalu update berkobar-kobar tp mcm selalu, semangat je tak cukup kuat.. dan setiap kalinya aku gagal... Ok lah, cukup sampai di sini mukadimah yg meleret2 ye..

Last posting masa harijadi ke 48, dah lebih setengah tahun pon.. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan hambanya ini menghuni alamNya dalam keadaan yang baik. Baik disini bermaksud lebih kpd soal kesihatan lah.. setakat ni, hanya kolesterol yg suka-suka ja meningkat naik tp tenaga pulak agak menurun.. Adoii.. letih sungguh bila dihujung hari.. melepek je.Sandar kat sofa pon bleh lena, siap mimpi2 lagi.. hik hik.Masa2 mcm ni mmg teringat arwah mak.. senang sungguh terlelap walau dimana jua esp bila terlalu penat dengan kerja2 rumah yg tak pernah habis.. Sayaaang mak (Al-Fatihah) 
Banyak betol peristiwa yg dilalui sepanjang berhibernasi ni.. In sha Allah saya akan cuba jgk mengingati satu persatu n dicatatkan disini utk kenangan kemudian hari.. Buat permulaan, mari kita masuk ke time travel, back to Sept 2013.
Mula bulan Sept - Jan 2014, Kakak cuti (4 bulan).. Best sungguh! Ada pembantu di rumah... at least, bab sapu/mop, sidai dan lipat baju, masak nasi tgh, beress!! walaupon nampak remeh, tp sebenarnya amat membantu bagi kita2 yg bekerja ni kann.. Plan awal, dia nak cuba cari kerja, nak cari panglaman katanya, but at last, tak jadi sbb dok ulang alik ke UTP, kursus la, meeting la.. so, kalau kerja mana la boleh suka-suka hati je nak cuti kann...

Sepanjang bersekolah di mrsm, jarang sangat dia dapat duduk di rumah lama-lama, so nilah masanya. Dia enjoy habis!! mak dia pon haaappy sangat.. Luv u my big girl..

No comments:

Post a Comment