Thursday, August 22, 2013

Just....

Dah lama sungguh tak menjenguk blog ni.. kesiannnsss  dia.
Post kali ni sebenarnya dah lama bersarang di hati, tapi rasa serba salah nak tulis ke tak..
akhirnya, tulis la.. saja nak lapangkan sikit dada yang sendat ni.
kalau ada sesapa yang berkenaan terbaca, maaf dipinta ya sbb ini hanyalah apa yg dirasa..
kita mula dengan Bismillah....

Jadi anak bongsu dalam sebuah keluarga yang besar memang seronok, meriah sungguh.
ada je family yg balik kerumah mak dan ayah bila hujung minggu atau masa cuti sekolah, pendek kata memang dinanti-nanti la.. kalau keluarga dah besar (10 adik beradik) mestila bertmbah ramai dengan kehadiran anak-anak saudara pulak... zaman tu, saya masih dibangku sekolah menengah. oleh kerana anak bongsu, tentula tak ada adik kan, so.. anak2 sedare lah tempat saya mencurah kasih sayang dan bermanja.. Anak2 sedare ada juga yang lebih tua dari saya, yang kecik2 memang ramai..Semua anak2 sedare saya layan sama rata, tak kurang tak lebih.

Selesai SPM, saya menyambung pelajaran ke UM, anak2 sedare juga semakin membesar, tapi hubungan masih rapat sebab ayah dan mak masih ada, so bila hari raya atau bila saya cuti kami akan bertemu di kampung dan ada juga anak sedare yang saya selalu jumpa bila cuti hujung minggu iaitu di Pelabuhan Kelang. Waktu saya menikah, sangat meriah sbb semua dapat balik dan berkumpul kat rumah mak dan ayah di kampung.

Tapi.... rasanya itulah kali terakhir berkumpulnya anakcucu cicit hj iman di kampung selain drpd hari meninggalnya ayah, even masa mak meninggal, rumah di kampung tak menjadi tempat berkumpul buat seluruh ahli keluarga lagi,  sbb jenazah mak di bawa ke rumah paksu batu 8. Bermula saat itulah dunia saya jadi sepi sebab tidak lagi berpeluang berjumpa dengan semua ahli keluarga terutama anak2 sedare yg amat disayangi.

Semasa mak meninggal, keluarga arwah abg yahya pula bergelut dengan arwah mak mereka (kak saarah) yang sakit sebelum meninggal , walau arwah kak saarah dikebumikan di daerah sini tapi kepulangan anak2nya ke sini sekarang, juga tidak menjadikan rumah saya satu agenda mereka kecuali abg sulung mereka (khair) Kepulangan mereka seringkali hanya diketahui setelah mereka pulang ke KL. entahla mungkin saya tidak lagi diingati walaupon semasa kereka kecil saya sanggup berbuat apa saja untuk mereka sudi bermalam di bt 8 lebih lama, tapi malangnya usaha kami selalunya gagal... so, tak heranla kalau sekarang pon mereka masih terlalu jauh untuk mengingati sedare sebelah ayah mereka ni. Hasniza balik kg raya lepas pon, tak singgah..., tahu melalui orang je..

Main point post ini hanyalah sekadar luahan rasa seorang maksu kerana sebagai seorang yg paling banyak melayan anak2 sedare semasa mereka kecil, tetapi malangnya, kesian kat anak sendiri tak mendapat layanan sewajarnya daripada bapa dan mak sedare mereka..  nak harapkan pada sepupu sepapat pon.. tak mungkin rasanya. Jangankan nak mengenali anak2 saya, diri saya sendiri pon rasanya dah tak ada dalam kotak memori SEMUA MEREKA. Sape???  my dearest niece and nephews..

Dah selalu sangat, kata tak dikota.. kata nak singgah, hampasss!!! buat letih tunggu ja.. so, sekarang saya tak lagi beria-ia nak mengajak sesapa pon bertandang, waima abang, kakak atau anak2 sedare. Sape nak datang dialu-alukan dan akan disambut dengan layanan first class.. tak datang pon tak apa.. saya tidak mahu terlalu berharap... sapa lah saya ini.

Kes terkini,bulan puasa lepas saya diberitahu abg aki, anak2nya nak singgah berbuka puasa otw mereka pulang berhari raya ke 'satu-satunya' kampung dan sedare mereka di kepala batas, saya bersedia menyambut mereka, tapi... jgnkan nak singgah, call pon tak sudi.. ucapan selamat hari raya pon jauh sekali... entah apala dosa kami sebelah ayah mereka ni. Seingat saya, kami tak pernah sedikit pon memburuk-burukkan mak mereka atas perceraian yg berlaku tp.. sedih sungguh, dari kecil (dihalang berjumpa, takut kami sebelah bapa mereka ni menghasut kott..) sampai dah besar dan berkeluarga sendiri, sedare sebelah bapa mereka seolah2 tak ujud..

 Masih jelas terbayang ketika abg aki dan anak lelakinya bermalam di rumah saya  2 tahun lepas, air muka anaknya memang nampak sangat tak gembira berada di rumah saya tu.. walau saya cuba melayan sebaik mungkin.. cakap pon nak tak nak je.. dah jadi orang kaya kann... dah tak ingat, masa kecik dulu, saya la yg sering melayan mereka waktu cuti hujung minggu kat Pelabuhan Kelang . Kalau nak singgah, waktu balik kepala batas atau dari kepala batas memang sangat mudah, keluar kemunting, then masuk balik highway ikut Jawi atau keluar ikut jawi, masuk balik ikut Kemunting, the point is, memang tak nak datang, itu je..
Yang lain2 tu, ada juga la 'tersesat' ke rumah saya ni.

So, bagi yang belum pernah datang, kalau teringat kat maksu korang ni, sila la.. itu ja.

Akhir kalam, "PEACE, NO WAR!!"


No comments:

Post a Comment