Friday, November 9, 2012

PERPINDAHAN TANPA RELAKU..


Keputusan perpindahan keluar beberapa orang guru dari SMKAI dah confirm.. 6 orang semuanya setakat hari ini. Hari ni pulak adalah hari persekolahan akhir tahun 2012 ni, bermakna hari terakhir juga mereka di SMKAI.

 Daripada 6, 4 org guru tu memang ada kaitan langsung dengan saya. Mereka banyak membantu melicinkan dan memudahkan tugas saya sebagai PK Koku. Banyak bantuan yang dah ditabur terutamanya daripada Siti Sarbani, Nor hasmiza dan Intan Shuhada dalam bidang koku... Tak terbayang rasanya mcmmana nak menghadapi tahun 2013 dan seterusnya tanpa kalian.. (menangis dalam hati..) Tapi saya perlu menerima kenyataan, - sekali air bah, sekali pantai berubah.. saya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.. 
I Love U all so much!

Saya memang tak suka dengan perpisahan, dengan sapa2 pon, apatah lagi dengan org yg memang banyak membantu.. saya cepat tersentuh hati, very emotional kata omputeh, saya akan sebak dan boleh menitiskan airmata dengan mudah.. saya akan menangis walau hanya tengok orang menangis.. kadang2 sampai tersedu2, so saya agak segan kadangkala bila berada dalam majlis perpisahan... Bukan di buat2, perpisahan dengan guru praktikal pon boleh buat saya menangis.. (diluar kawalan saya sebenarnya.)

Bila saya keguguran pada tahun 2000 yg lalu, sebak dan pilu saya menjadi2.. sampai kan saya akan menangis bila kumpulan nasyid sekolah yg pada waktu itu dianggotai oleh budak2 lelaki buat persembahan.. hanya kerana terkenang dan terbayang seolah2 mereka tu adalah anak lelaki saya yg dah tiada...

 I really hate goodbye..

 Buat ckgu2 yg akan berpindah tu, kalau terbaca blog saya ni, ketahuilah.. saya sebenarnya tak sanggup nak menghadapi perpisahan ini..  saya amat menghargai dan  berterima kasih atas segala bantuan dan budi baik kalian.. Moga Allah s.w.t merahmati kehidupan kalian di tempat kerja yang baru, moga lebih cemerlang.. moga lebih berbahagia dll lagi.. 

Ketiadaan saya pada pagi hari terakhir persekolahan bukannya menandakan saya tidak mengambil berat atas perpindahan kalian tetapi kerana ada tugas lain berkaitan SPM ( juga menjadi penyebab yg baik utk saya tidak berada di majlis perpisahan itu). Mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi di lain masa.. 

Khusus buat : 

Siti Sarbani, 
Nor hasmiza, 
Intan Shuhada 
dan 
Suhana.

Selamat Jalan adik-adik ku..



2 comments:

  1. sy pun mudah tersentuh dan menagis....air mata tu mcm murah jek..kalau tgk orang menangis sy pun boleh nangis sama, tu sebb tak suka sangat gk cita yang sedih2...tambah bila berjauhan dgn fmly lagiiiiiii senang nk nangis aduiiiiii hehe....
    ermm hsbnd sy tk boleh nk tukar balik semenanjung lagi GB tk benarkan....sedih kami dekat sini sob sobbbb...

    ReplyDelete
  2. Sabar ek.. anyway bagus jugak, merantau masa muda2 ni.. dapat pengalaman baru, tambah kenalan dll.

    Skrg ni, dunia dah jadi kecik (ye ke?) sbb skjp je dah boleh sampai kalau nak balik, ye dak?
    So, no hal lah dok kat situ, kan dayah!

    ReplyDelete