Thursday, November 1, 2012

EIDUL FITRI 2012


terlewat kot posting pasal raya tahun ni.. huhu

hati terlonjak2 nak menulis, apakan daya.. macam selalu, x sempat.. banyak nau halangan2 tak sengaja dan juga yng tersengaja.. so now is the right time lah kiranya..

Agak beruntung tahun ni sbb sekolah ambil 2 hari cuti berganti ( Khamis dan Jumaat) walaupon perit nak menggantinya nnt tapi x pe, demi nak raya dan mmg byk yg perlu dibereskan sebelum menjelang Syawal, saya 100% rela.. syok giler bila tgk org len pi sekolah, kita bleh pi pasar rilek2..

Setiap tahun saya menyediakan nasi sebagai hidangan hari raya, tapi agak malang kerana ramai yg sebok dgn xtvt sendiri pada hari raya dan tak dpt dtg walau dijemput.. agak tak berbaloi dengan segala usaha yg telah di perah sehari sebelum raya. So, tahun ni tukar perancangan.. sediakan bihun sup disamping hidangan wajib raya yg lain2. Persediaan agak ringkas, sup disediakan dipagi hari raya.. "segar dari ladang". jadi, sehari sebelum raya agak kurang sibuk sbb hnya nak siapkan pulut + rendang + nasi impit dan kuah kacang saja.. dan ini membolehkan juga kami sekeluarga menziarah kubur selepas Asar.. x perlu terkocoh2 nak ziarah kubur pada pagi hari raya.. dan raya kali ini, kami menangguhkan program ziarah abah pada pagi hari raya dan hnya kesana selepas raya.. boleh dikatakan, hari raya kali ni paling cool dan terancang.. tak lagi terkocoh2 mcm raya yg lepas2..  yihaaa!

Walaupon hanya menyediakan bihun sup, ramai jugak yang bertandang.. sebabnye, dengan kehadiran abg hasan dan keluarga dari johor yang telah 12 tahun tak balik kpg (semenjak mak meninggal) apatah lagi nak balik beraya.. so bleh dikatakan, hari raya kali ni meriah sangat.. terharu dan sebak dapat berkumpul dengan abg hasan dan keluarganya juga abg mohsin sekeluarga dan abg masri sekeluarga. Abg fatah dan keluarga beraya di KL tahun ni..

Raya kedua, kami bercdg nak kerumah abah dan sedare yg lain, so, pepagi lagi semua dah bersiap.. tapi, tak kesampaian sbb abg Anan dan keluarga otw nak singgah kerumah, takpelah.. kami pon get ready right away.. dan tak lama lepas tu, abg wahab bersama zaty dan keluarga juga nak berkunjung.. ok lah, kami langsung membatalkan perancangan awal dan anak2 pon terus menyalin pakaian.. Kuah bihun sup yg masih berbaki dipanaskan, begitu juga dengan pulut, nasi impit dan kuih muih di hidang semula..

Abg anan begitu beremosi raya kali ni, tak tau la kenapa.. mungkin sbb dia membayangkan diri yg kurang sihat sekarang..Kak zah mcm selalu, vogue dan awet muda sentiasa. Abg wahab pulak hanya ditemani zaty dan keluarga, kak tun tak bersama. Ini juga adalah kali pertama kunjungan zaty ke rumah kami.. Alhamdulillah.. keadaan semakin baik! moga segala yg keruh di lupakan.. suka tengok anak2 dia ceria dok main dgn kucing2 najwa. Kucing2 pulak mmg tensen la kena buli.. dahla hari raya seharian kena kurung.. Petang baru kami ke rumah abg masri dan  tak tau di mana silapnya agak kurang meriah .. mgkin sbb nak berpisah dgn cucu kott..

Raya ke tiga, mmg selalunya kami di rumah dan menyediakan sekali lagi hidangan spesel. Kali ni kami menyediakan Nasi tomato dan laksa penang bersama hidangan pulut + seronding dan Nasi impit juga. Persediaan complete jam 1.00 tgh. Tetamu pertama mmg regular setiap tahun, kawan suami (huzaimi dan keluarga). Alhamdulillah.. sedap katanya. tak lama kemudian, abg mohsin dan hasan sampai.. then sms dari kak zah bgtau kak ateng bersama seluruh keluarga akan sampai (6 buah kereta) dalam jam 4 ptg.. Mmg padat betul rumah dengan kehadiran seluruh keluarga petang tu.. Gembira rasanya, segala hidangan yg disediakan licinnnn.. sebelum maghrib abg fatah, kak ani, fahmi dan izni tiba dari KL dikuti dgn abg masri sekeluarga.. Setelah selesai makan malam dengan hidangan yg berbaki, kami sekeluarga mengemas rumah dan selesai jam 11 mlm.. sangat penatt tapi rasa sangat puass.. dapat berjumpa dengan semua adik beradik kecuali abg aki.

Hari Rabu saya dijadualkan bertugas di pejabat sekolah sehingga jam 1 tgh. Aduhhh... sangat boring! hnya ada 2 org kakitangan lelaki bertugas.. dengan badan yg penat dan takde 1 call pon yg masuk, saya tertidur dimeja kerani.. Lepas Dzohor, kami ke rumah terbuka abg mohsin. Abg Aki sampai menjelang senja dan tidur kat rumah abg mohsin.

Suami dah mula kerja hari Khamis.. cdgnya nak rehat je.. then abg aki sampai. Masak sempoi2 ja... Petangnya ke PKG Kuala Kurau ikut suami then ke rumah abah.

Berakirlah sambutan Hari raya tahun 2012, moga bertemu lagi tahun 2013 dengan cerita dan kisah yang  pelbagai...

Enjoy the few photos taken below :












No comments:

Post a Comment