Thursday, April 26, 2012

BIASISWA VS PINJAMAN PTPTN


Lama tak hapdet blog ni.. Kali ni, tak nak cite pasal life sendirilah, boringkan!. Nak lebih maju sikit. cite pasal isu semase ek..

Skrg ni tengah hangat isu nak menghapuskan pinjaman ptptn.. Bagi generasi petang macam mksu ni, nama ptptn ni tak lah populer sangat.. sbb iamya dilahirkan pada masa mksu dah pon tamat belajar.. so kiranya tak relevan lah dgn mksu. Tapi... jeng jeng jeng... tahun berganti, masa berlalu, musim.. ape ek? anak mksu pon  dah besar dan dah pon ambil spm tahun lepas (2011), lepas je periksa tu, lalu kami suami isteri pon teringatlah nak bukak akaun sspn.. kalau2 memerlukan kami buat pinjaman ptptn nnti senangla kann.. Bermula dari hujung tahun lepaslah, kami kenal  sspn dan ptptn ni... tapi, Syukurr.. anakanda ditaja MARA  utk sambung belajar di UTP, maka niat nak meminjam kpd ptptn pon lenyaplah.. dan harapan kami, semoga anakanda nadiah berjaya menghabiskan pengajian dengan tajaan mara sepenuhnya..

ptptn ni pada pendapat mksu diujudkan dengan banyak tujuan.. salah satunya nak membantu pelajar2 yg kurang mampu utk menampong yuran dan juga sara hidup sewaktu pengajian diperingkat tinggi/universiti/kolej.. cuma diawal penubuhannya dulu, ada interest yang dikenakan dan kebetulannya agak tinggi iaitu 4% tapi sekarang ni dah diturunkan kepada 1% je.. dan namanya pon dah tukar kpd wang perkhidmatan . Baru2 ni ada ex-student dtg sekolah nak bincang pasal program kerjasama dgn pihak sekolah, mksu ambil kesempatan sembang sikit2 dgn mereka., tanya pendapat depa ttg ptptn.. rata-rata mereka x sokong ianya dimansuhkan sbb mmg depa pon bergantung pada pinjaman ni utk belajar.. salah seorg drpdnya dapat 40 ribu lebih utk pengajian peringkat diploma iaitu dua tahun setengah.. loaded betul kann! dia sendiri pon setuju waktu belajar tu mmg loaded.. patutla pelajar2 tu bleh pakai hp canggih2, beli motor dsb... cuma 2/3 tahun kebelakangan, pinjaman adakalanya tak dapat penuh seperti dimohon, bergantung juga pada pendapatan keluarga.. 

Sekarang ni, demonstrasi pelajar2 universiti (ye ke?) ni mintak pinjaman ptptn dihapuskan dan kerajaan tanggung yuran pengajian pelajar2, kiranya nak belajar free la...kalau pon kerajaan sanggup tanggung yuran pengajian, mestilah utk ipta sahaja kan, bila ptptn dimansuhkan, macammana pulak kolej/universiti swasta nak dapat ramai pelajar macam sekarang? rasanya tak ramai yang berani nak ambil pinjaman bank yg lebih memenatkan utk dibayar semata2 nak sambung belajar. Akibatnya, jumlah pelajar yang nak sambung belajar ke peringkat tinggi akan merosot.. pengangguran bertambah.. dan berbagai kesan buruk juga kepada negara bila penduduknya tak punya byk ilmu. Aduhaiii... kenapa tak difikirkan kesan2 buruk ini, permintaan hanya dapat membahagiakan sebahagian kecil penduduk negara ini sahaja dengan keistimewaan belajar percuma di ipta, yang lain-lain???

Bandingkan..

Mksu dapat menyambung pelajaran di um, tahun  83/84 sebagai asasian.. tinggal plak diasrama yang ada menyediakan makanan (mcm asrama sekolah sekarang). Sbg pelajar asasi, kami dibiayai oleh kpm, so asrama dan makan dah terjamin ada, tapi.. mmg x leh mengada2la nak makan sedap-sedap.. telan jelah ape yg disediakan.. duit poket adalah sikit, lebihan ditolak yuran dan asrama.. dengan duit poket nilah kami berjimat  nak guna utk tambang balik kampung, beli alatan belajar, beli buku dan kudap2an bila tak balik asrama waktu tengahari sbb tak sempat..

Habis je 2 tahun asasi, pengajian di fakulti bermula dan kami (kebanyakannya) mohon biasiswa jpa (paling koman la..) dan selebihnya, mohon pinjaman daripada mara. Jpa bagi rm 3600 utk 4 th pengajian dan mara plak, lebih sikit = rm 4000, bermakna utk jpa, 900 setahun dan mara 1000 setahun. Tolak Yuran dan asrama, ada lebihan lebihkurang rm 300. Dengan duit itulah kami berjimat cermat nak digunakan selama 1 tahun..( dulu sistem penggal). Cuma kami tak perlu bayar balik kerana ianya biasiswa.. tapi getirnya kehidupan sbg mahasiswa pada masa tu, meengajar kami menghargai setiap sen yg nak dibelanjakan.. keadaan kami pada waktu tu, bolehla dikatakan :

BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN

realitinya :

Kehidupan sekarang memang bertambah senang dan mudah dengan berbagai kemudahan disediakan.. yuran sekolah free.. buku free.. dll, rasanya semakin lama rakyat semakin manja, semuanya nak free.. sedangkan zaman dahulu, ramai yang menggadai tanah utk pengajian di universiti dan utk itu pelajar2 akan belajar bersungguh2 dan sudah semestinya kejayaan yang di capai lebih manis dan bermakna.

Pilihan yang ada :

Jika kita tak mahu terlibat dengan pinjaman ptptn, bermula disekolah, belajarlah bersungguh2. Dapatkan keputusan yang cemerlang.. so, layaklah kita memohon biasiswa/pinjaman daripada badan2 atau organisasi yang menyediakannya.. tak payahla nak ganggu ptptn yang menyediakan pilihan utk org2 yg memerlukannya.. biarlah ptptn berbakti kepada orang2 yang menghargai pinjaman yang dikeluarkan..

Pada yang berkenaan, nak tanya sikit..

 DAH HABIS KE BAYAR  PINJAMAN  PTPTN???




2 comments:

  1. ermmm bagi sy kan cikgu ptptn ada baik dan buruk dia..tpi sy nmpak lebih kepada baik heeh bukan sy tka nk pendidikan percuma, sapa yang taknak kan??tapi selalunya yang percuma nie kta tak hargai....bila dah semua dapt percuma kita tak akan rasa manisnya sebuah kejayaan tu...tapi kurang2 ptptn ada dapt tampung mana ptt..sy dulu 1 sem dapt 2500, dengan duit tu lah bayar sewa rumah, makan, n simpan untuk projek setiap semester, bayangkan setiap kali projek akhir semester melibatkan jumlah duit yang banyak (sy kos busines jadi untuk kajian pembangunan produk banyak pakai duit), kurang2 ptptn bnyak membantu selain dari PAMA(father mother )
    kena faham konsep pinjaman, dah pinjam harus bayar, lagi pun ptptn tak wajibkan semua orang pinjam, mana yang nk pinjam tu, pinjam jek, mana yang agak2 mampu tka yah pinjam...alternatif lain ada, sama ada jpa or mara or mana2 tajaan yang kita nak...kalau tak nak bayr ptptn senang jek bila habis study pastikan dapt cgpa 4.00 cmfm ptptn tak yah bayr balik......anak sedara sy dekat uthm tak dpat ptptn menangis bukan sebb sedih tak dapt pinjamn tapi sedih pk mak ayah nak tanggung....
    tapi anak sedara yang dapt utp tu beruntung sebb
    dapt tajaan dari utp sendiri, kurang2 depa kuar tak pk ttg hutang...
    betul kata cikgu kalau tak nk amik pinjaman ptptn, dari sekolah belajar rajin2,dapt keputusan cemerlang mintak mana2 tajaan mesti dapt...sapa tak nk tanggung kalau tahu kita ada "nilai" yang tinggi yang akan bagi faedah kepada sesebuah organisasi???
    pucuk pangkal diri sendiri, tepuk dada tanya minda....akal ada untuk berfikir, fikirlah.....


    *eh terpanjang pulak hehe....sy ptptn tggu kelulusan tukar dari 3% kpd 1%....bayar jagn tka bayr hutang hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Dayah.. time kasih atas komen yang positif ni. Saya pon fikir macammana Dayah fikir walaupon tak pernah/belom terlibat ngan pinjmn ptptn ni.. Saya harap permintaan pelajar2 tu tok sah dilayan la kann..

      Delete