Tuesday, March 27, 2012

>>>>> BOLA JARING DAERAH 2012...

Keadaan padang sebelum pertandingan bermula, sangat cantekk...

referi2 sedang warm-up..
sebelah petang, selepas hujan lebat..

permainan dijalankan jugak...

Kebecakan yang terlampau...

Padang dah tak ghopa padang dah...

keadaan padang di akhir kejohanan... huhuhu.. jenuh nak pulihkan balik ni..

Hari ini bermulalah satu lagi tugasan mencabar mengendalikan pertandingan bola jaring sekolah2 men Daerah Kerian..

Sangat kelam kabut pada mulanya, maklumlah ini adalah kali pertama smai menjadi tuan rumah, juga tugasan besar pertama buat pk kokunya utk tahun 2012 ini.. sangat risau!! takut ada apa=apa yang tak kena dengan persiapan dll lagi... Alhamdulillah cuaca sangat nyaman pada pagi ini.. padang pon cantik!! sbb dah seminggu tak hujan..

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan lebat turun bermula tengahari.. pertandingan lewat bermula disebelah petang dan ini sudah semestinya menyebabkan pertandingan hari pertama ini lambat selesai.. dan, memang betul! sampai dirumah dah jam 7 petang!! Kesian kat pemain2, terpaksa bergelumang dalam lopak2 air yang bertakung.. nak buat mcmmana kann.. bukan dalam kawalan kita.. semua datang dariNya, redha aje la...

Hari kedua bermula dengan keadaan padang yang sangat terukk!!!, warna hijau rumput di tempat2 tertentu dah tak nampak.. dah jadi lopak macam tempat kerbau berkubang, terutama kat tengah dan kat kaw tiang gol.. tapi, pemain2 bwh 15 memang tak jadikan itu sbg halangan! depa main dengan penuh semangat!! dan smai buat julung kalinya dapat masuk suku akhir utk bwh 15 tapi gagal utk ke separuh akhir... walau apapon,Tahniah! ada peningkatan dan kita cuba lagi tahun hadapan !!! Penangan hari kedua ni, saya jatuh dari 2 anak tangga.. sakit wooo.. kepala lutut rasa mcm nak pecah! lebamla kat 3 tempat.. terhencot2.. nasib baik boleh drive balik..

Hari ketiga agak lebih santai, perlawanan tak begitu banyak.. sebelah petangnya ada acara perasmian penutup oleh peg dari PPD.. Majlis selesai jam 6.00 petang. Saya amat terhutang budi dengan guru2 yg telah memberi full komitmen utk program ini.. saya amat menghargai jasa semua mereka. Hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalas bantuan kalian bg menjayakan pertandingan ini..


Alhamdulillahh... selesai sudah satu program daerah di bawah kendalian koku SMKAI, masih ada dua lagi.. coming soon!!

Secara amnya, semua berjalan lancar.. dan yang paling lancar adalah perbelanjaan! mengalir macam ayaq, lajuuuu ja. Utk program spt ini, kena ada budget dalam 3k.. fenin! fenin! tapi, kita kena yakin, doa dan dengan usaha yang gigih, Insyaallahh.. boleh!

Layan jela gambar2 tak seberapa dari hp cabuk saya ni, hehehe....

catatan akhir pada : 31 Mac 2012



No comments:

Post a Comment