Thursday, January 19, 2012

CATATAN BANGGA + TERHARU..


Semalam, kakak (Nadiah) dah memasuki fasa baru dalam menuntut Ilmu. Dah masuk UNIVERSITI!... Alhamdulillahh... Syukur diatas kurniaanMu. Kakak dapat pembiayaan MARA. Besar jugak jumlahnya.. Mudah-mudahan bayaran balik nanti adalah yg paling minima.. semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan apabila tamat belajar nanti.

Sebenarnya, mama tahu yang kakak memang seorang yang tinggi daya usaha dan sangat komited dalam pembelajaran.. inilah ganjaran hasil usaha dan penat lelah selama ini, dan pengorbanan selama 5 tahun tinggal di asrama. Mama bangga kerana kakak sabar dengan ujian tinggal di asrama walaupon dirumah amat selesa dengan bilik sendiri yang berair-cond berbandingkan dorm asrama yang sempit, panas dan sangat tidak selesa.. Mama sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan Ilahi ini, cuma mama berharap agar ketabahan dan kesungguhan itu akan berterusan pula di UTP. Itulah doa mama selalu..

Dua tiga hari sebelum bertolak ke UTP mama dapat rasa keresahan dijiwa kakak.. Mama faham, kakak masih belum puas menikmati masa senggang cuti selepas peperiksaan SPM yang memenatkan.. tapi, mama juga percaya kakak memang kuat utk mengatasi perasaan itu demi kejayaan di masa hadapan. Mama dan bapak cuba menceriakan suasana, melayan segala kehendak kakak dan menghabiskan masa bersama-sama semaksimum mungkin.. sebenarnya, mama adalah insan yang paling akan merindui kakak apabila kakak memulakan pengajian di UTP nanti kerana kakak adalah tangan kanan mama.. Sepanjang berada di rumah selepas SPM, mama cukup seronok kerana punya teman setiap kali ke dapur. Kita akan masak bersama-sama.. Kakak seorang yang sangat ringan tulang! Banyak sungguh bantuan kerja rumah yang dibuat. Mengemas dapur, melipat baju, memasak (yg ringan2..) dan akhir2 ini, dah mula belajar menggosok baju dan seluar kerja bapak.. Sangat membantu!! Memang mama yang akan cukup terasa, takpe lah.. demi masa depan kakak sendiri kan! anyway, bila balik bercuti kita masih punya kesempatan melakukan aktiviti bersama-sama kann...

(sedih.,namun bersemangat tinggi...)

Hari pendaftaran berjalan lancar, tapi amat memenatkan! mengangkut barang2 kakak yang banyak ke tingkat 5 bangunan memang melelahkan.. tapi mama puas dapat membantu kakak mengemas bilik yg akan jadi tempat beristirehat dan belajar ini. Memang tidak selesa seperti bilik sendiri di rumah kan! tapi cukuplah sebagai tempat untuk menuntut ilmu..

Akhirnya, Mama dan keluarga mendoakan kejayaan buat kakak di dunia dan di Akhirat... Aminnn!!

2 comments:

  1. cikgu ^_^

    jumpa di sini hehe erm ank sedara saye sorang pun ada dekat utp tapi tajaan petronas...
    semoga ank cikgu kuat semangat menghadapai hidup sebagai pelajar.....time nie lah kenangan paling indah dalam hidup nanti dah kerja rindu nk belajar lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Dayah.. saya saje syok2 sendiri je berblog ni, x sangke ada org jumpe gak! Insyaallahh.. anakanda saya kuat semangatnye, bermula tg 1 tggl di asrama MRSM mmg memerlukan ketabahan yg tinggi, mudah2an kesungguhan dan ketabahannya berkekalan hingga tamat pengajian kelak.

    ReplyDelete