
Sekarang adalah Year-end school holiday.. sepatutnya pada waktu2 begini about 10 years ago adalah masa yg amat enjoy buat kami sekeluarga.. tak sabar nak pegi holiday dan sudah semestinya tempat yg ada swimming pool menjadi pilihan sebab anak2 sangat gilakan air .. Destinasi yg dituju tak begitu penting, yg penting ada aktiviti berkaitan air.. so, dekat pon tak apa..
Tapi masa berlalu terlalu pantas.. anak2 dah teenagers kedua2nya ( 17th and 14th), dah malu nak pakai swimming suit dan automatik pilihan tempat pergi bercuti juga berubah.. tidur di hotel bukan lagi menjadi keutamaan, dan banyak tempat yang tidak lagi sesuai buat mereka sperti zoo, muzium dsb. Destinasi pilihan juga sudah berubah, mahu travel lebih jauh.. dan sekarang ini, mereka mula enjoy menonton wayang cerita2 pilihan sendiri dan kami juga sudah mula memberi kepercayaan kepada mereka untuk masuk berdua menonton cerita yg mereka minati. Kami (saya dan suami) pula menghabiskan masa berdating di kedai2 fast-food sambil minum dan bersembang.. adakalanya kami berwindow shopping je... sementara menanti mereka menonton.
Gaya bersantai mereka berubah sama sekali, reading story books, aktiviti bershopping sudah mula mereka gemari kerana si kakak telah mula mengenali jenama2 yang adakalanya asing juga bagi saya..
Cuti akhir tahun 2011 ini, banyak kami habiskan dirumah saja mencuba resepi2 istimewa dan kadangkala ke tempat Shopping untuk menjamu mata dan makan-makan. Anak2 tidak lagi merengek untuk bercuti ke sesuatu tempat, spending time together dimana-mana pon amat membahagiakan..
Apabila ingin membeli sesuatu melalui pakej keluarga, kami bukan lagi kategori 2 dewasa + 2 kanak-kanak tetapi,... 4 orang dewasa!
No comments:
Post a Comment