BERSEDIA UTK SATU POSTING YANG PANJANG YA...

Hari Isnin minggu lepas, teringat plak nak check, dah ade ambil crk ke dlm th ni. Bila check dgn kerani sekolah, belum pernah ambil pon lagi, so ada lagi 7 hari... Hari Rabu 2/11 malam ada bacaan Yassin dan majlis mohon restu di sklh kakak dan keesokkan harinya adalah majlis graduasi utk mrsm taiping. Mmg wajibla akan hadir.. so saya mohon 2 hari : Khamis 3/11 dan 8/11 utk hantar kakak balik ke asrama. Alhamdulillahh.. lepas!
Petang Isnin, hubby mengadu kurang sihat dan tonsilnya terasa bengkak. Malamnya dia tak dapat tidur nyenyak sbb dah mula demam. Hari selasa saya bawa dia jumpa doktor dan makan ubat. Demamnya tak surut.. Saya dah mula terfikir macam mana nak ke mrsm esok?
Hari Rabu pagi, Hubby mengadu demamnya belum surut2 dan mengatakan ubat yang doktor bagi tak berkesan langsung. Dalam diam, dia menghubungi TMC Taiping utk berjumpa doktor dan kalau perlu bedah, dia sanggup. Saya pulang awal dari sekolah bersama adik dan dgn pantas mengemas barang yang nak dibawa ke Taiping. Secepat kilat saya membuat keputusan untuk check in di hotel seri malaysia, in case suami dibedah dan perlu bermalam di tmc dan dgn itu saya akan hadir ke majlis bacaan yassin di sklh kakak pada sblh malamnya. Kami check-in dulu then ke TMC. Setelah diperiksa, doktor ambil keputusan untuk membuang tonsil suami dan suami saya agree..
Jam 3 ptg, suami masuk operation teater dan selesai jam 4 ptg tapi suami belum sedar dari dibius. Saya dan adik berada disisi suami hingga 5.30 tapi dia belum sedar. Kami terpaksa bergerak untuk bersiap kemajlis di sklh kakak. Without proper meals, kami bertolak ke mrsm jam 6.30 ptg. Hujan turun dgn lebat dari mula majlis hingga selesai, cuaca sangat sejukk!!
Kami amat2 lapar.. setelah selesai bacaan yassin, kami terus keluar dan dgn bantuan kakak terus ke dewan makan walaupon majlis belum betul2 selesai... memang malu bila teringatkan cara kami makan. Sempat jugakla capai jambangan bunga utk hadiah kakak esok hari di kedai koperasi sekolah.. Kami bertolak balik dari sekolah kakak jam 10 malam dan terus ke TMC untuk melihat suami. Bila sampai, suami dah sedar tapi tak boleh bercakap kuat dan tak boleh makan makanan keras. Suami minta dibelikan aiskrim..
Saya dan adik berusaha mencari stesyen minyak yg masih beroperasi pada waktu itu untuk membeli aiskrim dan air mineral buat suami. Setelah memandu agak jauh, kami ternampak stesyen minyak petronas dan mmbeli semua yang diminta. Setelah selesai menguruskan keperluan suami, kami balik ke bilik hotel jam 11.30 malam. Kepenatan yg tak terhingga, membuatkan kami terus tertidur dan lagi kerana perlu bergerak awal keesokkan harinya..
Seawal 7.00 pg kami dah terpacak depan cafe hotel, alamak!! breakfast start 7.30.. lambatla nampaknya, sure parking dah penuh area dewan MPT Taiping nnt! Selesai menelan apa2 yg patut, sbb x de break nnt, kami meluru ke kereta dan terus ke MPT. Betul!! dah tak de tpt parking yg dekat, akhirnya letak kat parking area yg buat kaki kami lenguh baru sampai ke dewan!!
Majlis selesai 12.30 tgh, snap pic sikit2 je sbb kakak not in a good mood then cepat2 ke TMC sbb suami dah bleh check-out. Setelah urusan pembayaran dan ambil ubat done, kami ambil keputusan makan dulu sbb memasing dah laparr.. sangat!. For sure area Taiping sangat crowded sbb parents yg tadinya hadir mjlis graduation mesti laparr.. gak kann!. Kami lunch kat Seri malaysia lagi.. Then terus ke MRSM utk hantar jubah dan ambil barang2 kakak utk balik Bg Serai.. Punyala pack kat MRSM tu.. fenin fenin! dan sakit kepala mula menyerang sbb all the time, saya yg drive.. huhu.
Next, kami terus meluncur laju balik ke bg serai.. saya sgt letihh!! BUT.. suami ajak terus ke Parit Buntar utk tengok majlis yg sepatutnya dia handle..(floor manager). Dengan sabarnya, saya terus pandu ke PB walaupon kepala saya berdenyut-denyut..
Tiba di rumah dah ~ 5.30ptg, Tuhan saje yg tahu betapa letihnya badann.. + sakit kepala lagi. Tapi rasa sangat puas dapat berbakti utk hasben yg mmg perlukan bantuan saya.. (sape lagi kann..) Berakhirlah sehari CRK saya dan CRK ke-2 lak ke Taiping lagi utk follow up check-up utk hasben dan anto anak balik MRSM..
Teringat semula yang : Allah Ta'ala membuka pintu hati utk apply CRK benar2 utk tujuan khas di atas dan bukannya sesaje.. untuk itu aku amat-amat bersyukurr!!
No comments:
Post a Comment