Sunday, September 25, 2011

HUTANG BUDI DI BAWA MATI..




Phrase di atas ni memang selalu digunakan, lebih-lebih lagi bagi orang melayu.. ianya menampakkan kehalusan tatacara bagi memberi gambaran yang kita rasa teramat menghargai apa yamg telah dilakukan oleh seseorang itu kepada kita.. (tafsiran aku yang tak berapa excellent dlm Bahasa Melayu..hehe) boleh kann..

Sebenarnya, aku nak meluahkan rasa hati aku yang dah lama terendam dalam hati ni! Tak terucap sebenarnya..
Ceritanya begini :

Sebagai anak bongsu, dah tentula tak ada adik tapi ramai saudara yang lebih tua kann.. dan bagi aku, ada 8 org abang dan hanya seorg kakak (x rapat sangat.. sbb jarak terlalu jauhhh) Daripada 8 org abg tu, dah tentula aku lebih rapat dgn yg lebihkurang sebaya dgn aku dan salah sorangnya adalah abg yang ke 8 iaitu abg mohsin.. anyway, masa kecik2, kami tak la rapat sangat, asal jumpa nak bergaduh, sampai arwah ayah kata, macam anjin ngan kucin..

Semakin dewasa, kami tambah matang dan boleh lak ngam.. kami jadi rapat sebelum memasing mendirikan rumahtangga.. dan yg paling aku bangga, isteri die yg disayangi tu pon, aku yg rekomen mulanya .. Alhamdulillah.. seronok tengok kebahagiaan diaorang. Dah 4 anak dan yg sulong akan ambik SPM th ni, sama ngan nadiah.. abg mohsin kawen agak lambat (29th)..

Abg mohsin yang diawal remajanya agak rebellious dan baran bertukar jadi lebih matang dan cool bila dah dewasa dan lebih-lebih lagi apabila dah kawen. Dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab kepada ibubapa berbanding yang lain-lain. Oleh kerana aku anak perempuan, maka khidmat dan tanggungjawab aku agak terbatas kepada mak & ayah, tapi syukurr.. abg mohsin ada.. dan yang paling aku bersyukur, isterinya pon sangat baik.. (ustazah..)

Budi dan jasa abg mohsin kepada mak&ayah di akhir2 usia mereka sangat banyakk.. dialah yang selalu menghabiskan hujung minggu dikampung, dan dia jugalah banyak membantu mak&ayah dalam urusan kesihatan sehinggalah mak&ayah meninggal..(Innalillah...). Aku yang banyak berkorban utk mak&ayah sebelum kawen rasa sangat berbesar hati dan legaa..

Rasa tanggungjawab abg mohsin bukan saja waktu mak&ayah masih ada, malah setelah pemergian keduanya, abg mohsin tetap menjadi org yang paling bertanggung jawab mengendalikan majlis tahlil utk keduanya sedari mula, walaupon waktu masih tinggal dikuaters. Dan yang paling membuat aku terharu adalah, kesudian dan kesanggupan Rohaya (isteri abg mohsin) untuk sama-sama memainkan peranan untuk menjayakan setiap majlis tahlil utk arwah diadakan.. walaupon kiranya dia melakukan dalam terpaksa aku tetap sangat menghargainya dan berterimakasih yang tidak terhingga.. budi Rohaya amat besar ertinya buat aku yang sampai kini masih belum mampu menjayakan majlis tahlil utk mak dan ayah.. tapi sekiranya aku adalah anak lelaki, aku akan paksa pasangan aku untuk bersama-sama menjadikan tahlil untuk arwah mak & ayah sebagai acara tahunan tetapi, apakan daya aku hanyalah seorang isteri yang tugas dan tanggungjawab aku 100% untuk suamiku dan keluargaku (bukan alasan..)

Buat ke sekian kalinya, aku ingin meluahkan penghargaan yang teramat tinggi buat abg mohsin, rohaya, keluarga rohaya (yang sentiasa membantu dalam penyediaan makanan..) dan anak-anak abg mohsin. Di doakan, moga keluarga ini sentiasa dalam kasih sayang Allah s.w.t, berjaya di dunia dan akhirat.. Hanya Allah s.w.t jua yang dapat membalas segala kebaikan yang telah abg mohsin sekeluarga lakukan.. Amiinnn....

Pantun klise... (tapi nak tulis gak..)

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar (boleh ke, skrg..)
Hutang budi di bawa mati..



No comments:

Post a Comment