
Bangun je pepagi tadi, lepas subuh terus bukak FB, then terbaca post dari anak sedare di Kelang menyatakan adiknya dah selamat melahirkan anak pertama (baby girl). Alhamdulillahh.. Syukurr! semakin bertambah umat Muhammad s.a.w di muka bumi Allah ini. Secara jujurnya aku amat teringin menziarah, malangnya jarak yang jauh membataskan.. mudah mudahan suatu hari nanti akan dapat juga bertemu.
Walaupon mereka bertiga (anak-anak abg aki) tak begitu rapat dengan kami (sebelah abg aki), namun tak pernah sedetik mereka kami lupakan, malah sedari mereka kecil (selepas perceraian) setiap kali tiba hari raya kami semua akan bertanyakan kenapa mereka tak dibawa berkunjung ke kampung Bt. 8 kepada abg aki, tiada jawapan diperolehi .. dan seterusnya, abg aki pon semakin jarang pulang menyambut hari raya di kampung, pon tidak siapa tahu atas dasar apa.. hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui tentang apa yang berlaku dan apa yang dialaminya .. Maka semakin jauhlah hubungan kekeluargaan yang sepatutnya sangat rapat apabila ada pertalian darah di antaranya..
Harapan aku dengan hadirnya sikecil dalam sesebuah keluarga akan menambah kefahaman akan erti kasih sayang diantara ibubapa dan anak-anak walau apa pon yang berlaku diantara ibu dan bapanya.. Jalanilah kehidupan sementara di dunia ini dengan sebaik-baiknya, berkasih sayanglah sesama insan.. jangan mudah menuding jari tentang kesilapan orang lain, sedarlah kita sebagai manusia yang lemah, pasti punya kekhilafan dan kealpaan juga.. Martabat manusia di sisi tuhan adalah sama, tak kira kaya atau miskin, rahmat dari Allah dan pengakhiran hidup yang baik yang kita dambakan .. dan kepada siapa yang akan diberikan, semuanya menjadi rahsia Allah s.w.t..
Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment