Friday, September 16, 2011

16 SEPTEMBER...



Setiap tahun 16 sept datang dan pergi...

sedari kecik aku perasan yang 16 sept ni agak popular. Mase tu, bila sampai 16 sept tentera darat akan menyambut ulangtahun penubuhannya : HARI TENTERA DARAT. Kat TV akan ada tunjuk perbarisan tentera darat sempenanya..

Semakin besar, seingat aku bila dah mula bersekolah, aku dapat lagi satu information iaitu : 16 Sept juga adalah hari dimana Sabah dan Sarawak bergabung dengan semenanjung Tanah melayu. (Tahun berapa ek?? eh, lupa la plak fakta sejarah ni..) dan ianya ada tercatat dalam buku teks sejarah.. (popular kann..) Baru check, en. google kata, tahun 1963.

Satu lagi, ada gak pembesar negeri yang sambut harijadi pada hari ini dulu..(Sabah kott..) so, dalam kalendar kuda, selalu ada kenyataan cuti umum, tapi kat Sabah je le..


So, event on 16 Sept tu je le..
tahun demi tahun berganti until... 2008.
What happened??? : Bleh plak Anwar Ibrahim pilih tarikh ni nak ambil alih pemerintahan negara dari kerajaan sedia ada, ih ih ih.. sangat menjengkelkan... Mohon pada Allah, semoga dijauhkan malapetaka itu. Alhamdulillah.. tak berjaya!! dan diharap tak akan berjaya selama-lamanya...(nasib baik, kalau tak tercatat gak peristiwa ni dalam event 16 sept)


Pengumuman paling menggembirakan adalah pada tahun 2010..
Setelah lebih kurang 47 tahun, baru kerajaan nak meraikan penggabungan Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia!!! iaitu dengan memberikan cuti umum setiap 16 sept... dan diberi nama HARI MALAYSIA.. aku rasa aku paling gembira kott... sebab :


16 SEPTEMBER IS MY BIRTHDAYY!!!!

Setiap harijadi aku bermula 2010 memang boleh dicelebrate kat tempat2 special sbb cuti kann..
dan kalau malas nak keluar, pon boleh celebrate kat umah je, sambil bermalas-malasan... cuma, kalau kerja tu adala ucapan dari kawan2 kat sekolah.. tapi tak pe! skrg ucapan kat FB pon banyaakk.. macam hari ni, aku rasa wall aku paling active .. hehehe.

Malam tadi, my dearest hubby buat surprise lakk.. tak pernah2 beli kek harijadi utk aku. Risau gak ni, birthday aku yg terakhir ke?? tak pe kan, mengingati mati itu baik.. menjadikan kita lebih insaf! dan lebih-lebih lagi bagi diri aku sbb Birthday ni bukan yang ke 20 an atau 30an.. dengan penuh syukur dan tawadduk aku mengumumkan yang birthday kali ini adalah yang ke ...46th.

Sekiannn!!!!



No comments:

Post a Comment