Sunday, June 19, 2011

18 JUN...


Setiap tahun 18 Jun berlalu seperti mana hari-hari lain, cuma kebiasaannya aku akan mengingatkan sambil berjenaka dan bercerita tentang hari pernikahan kami. Suami tidak mahu berlebih-lebih dalam meraikan hari ulang tahun ini, kerana serik dengan peristiwa meraikan suatu kejayaan dimana akhirnya kejayaan itu tidak berpanjangan. Semenjak itu dia amat berhati-hati dan bersederhana dalam menerima semua hal yang berkaitan kejayaan dan inilah yang menjadi pegangan kami bersama. Kejayaan anak-anak juga hanya diraikan kami sekeluarga dengan cara yang amat sederhana dan seboleh mungkin tidak mahu dihebahkan atau diperkatakan selalu di kalangan keluarga atau sahabat handai. Alhamdulillah.. rasanya ini yang terbaik agar tidak termasuk dikalangan orang-orang yang riak dan bermegah-megah.

Hari ni genap le 18 tahun kami hidup bersama as a husband and wife.. Alhamdulillahhh.. banyak dah yang dilalui bersama. Ada manis, pahit, masam, masin, payau dll lagi.. setakat ini Allah masih memberi jalan buat kami mengatasi segala permasalahan yang timbul, aku amat bersyukur..

Kami bukanlah pasangan romantik yang tidak berpijak dibumi nyata, tapi hanya kami yang tahu dalamnya kasih sayang yang mengikat kami bersama. Aku banyak kelemahan.. suami juga bukanlah sesempurna manusia, kami amat sederhana dalam menyatakan cinta. Dunia kami penuh kejujuran tanpa perlu berpura-pura. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan baik hingga kehujung kehidupan.. Insyaallah..


THIS IS A VERY BIG THINGS WITH A VERY GREAT PLEASURE..


No comments:

Post a Comment