Saturday, May 21, 2011

TUMPANG GEMBIRA...

Huaarrgghhh!!!.. ngantuknya, malam tadi balik dari sekolah pukul 2.00 pg (heran tak??)


Demi tanggungjawab keselamatan pelajar, saya x kesah menunggu sampai semua pelajar yang balik dari rombongan ke ipoh ( tengok pembukaan MSSM) diambil oleh keluarga mereka. Alhamdulillahh.. semuanya OK.


Bila tidoq pon dah pukul 2.30 pg, wajibla saya mengantuukk... sangat, kan pagi ni. Tapi tidur saya terganggu oleh beberapa perkara....



  1. Lupa nak off alarm, pukul 5.00 dia pon menjerit. Menggagau-gagau cari hp nak stop kan die.. hisshh!! x suke btol la..

  2. Anak lak tepon nak minta restu sbb peksa ari ni, (peksa hari sabtu??? ikot suka dworang je kan!) ok, ok mama doakan kejayaan nadia k..

  3. Baru je nak layan mata balik, tup tup bebunyik lagi hp ni.. tengok skrin, HAA.. Pengetua? nape plak ni, takkan nak suruh gi mesyorat plak??? rupanya nak tanya pasal rombongan malam tadi, kusssemangat!!! seb baik... di akhir panggilan, dia bgtau pasal kenaikan pangkat kawan2 jadi guru tg. 6, DG 48 lagi u.... Hai, rezeki masing2 kan..

Skrg nak cite sikit pasal kenaikan pangkat ke DG 48 bg ckgu2 tg.6. Memang kalau nak diikutkan, ada unsur2 tak adil disitu sbb dgn beban tugas yang sangat ringan mereka diberi keistimewaan sebegitu rupa untuk naik pangkat dengan cepat. Saya tak kesah kalau kenaikan pangkat ini disertai dengan tanggungjawab yang bertambah dan saya juga tak kesah jika mereka tidak berlagak dan menolak kerja yang sepatutnya mereka jalankan ( kerja2 luar bilik darjah la.)


Tapi sesuatu yang buat saya heran, ialah saya tidak lagi ada perasaan tak puas hati.. mungkin kerana apa yang menjadi perkara utama saya rasa "panasss" sbb tanggungjawab saya (pk koku) yang sangat berat tp tidak setimpal dengan pangkat DG44 yg saya pegang telah diselesaikan oleh PM pada hari guru yang lalu (semua PK : DG 48). Barulah berbaloi buat kerja bagai nak rak pon! So yang tercepat dapat tu... rezekilah kan.. tp kebykkannya memang dah sampai masa pon naik ke DG 48..


Yang saya rasa seronok ialah untuk kawan seperjuangan Sarimah AB, Tahniahhh!!! dah dapat pon DG 48... masih terbayang kesedihan diwajah die aritu bila membincangkan ttg kenaikan pangkat guru tg. 6 ni.. Skrg tak yah sedeh2 lagi.. dan yang paling saya seronok, saya memang sokong semua yang dapat DG 48 ni, sbb mmg depa layak!!


Saya jadi panasss!! jika orang2 yang dapat tu adalah orang yang tak sewajarnya! sape??? hanya saya yang tahu!!


CONGRATULATIONS FOR ALL....


No comments:

Post a Comment